Kalau ada lebihan nasi sejuk, jom cuba buat Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai Ini. Dekat Malaysia tak ada yang menjual, jadi kita buat sendiri di rumah.
Resipi ini sangat mudah untuk dibuat, hanya campak sahaja bahan dalam kuali dan goreng. Yang dah pernah pergi Thailand mesti rindukan nasi goreng ini. Al-maklumlah, negara jiran punya style padu beb.
Baca juga: Pelbagai Resipi Nasi Goreng Di Sini
Bahan wajib adalah nasi putih dan isi ketam. Bahan lain yang wajib ada dalam masakan Thai juga ialah penggunaan serbuk cili.
Dengan adanya serbuk cili, aroma masakkan akan lebih menyengat. Wajib juga menggunakan cili api. Dimana masakkan Thai cukup terkenal dengan rasa pedas dan masamnya. Begitu juga dengan resepi nasi goreng Thai ini.
Dengan mengikuti perkongsian resipi asal oleh Fizalgk, korang dapat menikmati nasi goreng ketam viral ala-ala kedai makan di Thailand yang tak kurang sedapnya. Hidangan ini juga lengkap dengan sayur-sayuran.
RESIPI NASI GORENG ALA THAI
Portion hidangan: seorang makan
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar minyak masak ⠀
- 4 ulas bawang putih di cincang ⠀
- 1 biji telur ⠀
- 2 cawan nasi sejuk – di peroi ⠀
- 1/2 cawan isi ketam yang di rebus⠀
- 2 sudu teh kicap cair ⠀
- 1 sudu teh kicap sotong ⠀
- ½ sudu teh gula⠀
- 1/2 sudu teh lada sulah ⠀
- 1 tangkai daun bawang di hiris nipis⠀
- Sedikit serbuk cili Thai ⠀
5. Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur add-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam. Dah siap!
Nak tunggu travel ke sana pun tak tahu bila. Jadi, baik masak sendiri dirumah. Lebih jimat. Nak masak banyak mana pun boleh. Nak tambah bila nasi dah habis sepinggan pun boleh.
Kat rumah takde siapa yang larang. Kalau ada lebihan nasi putih, pelbagai resipi nasi goreng yang ada boleh korang cuba. Termasuklah resipi enak ini.
Selamat mencuba!