Categories: Resipi

Nasi Ayam Ala Kedai, Kena Ikut Tip Ini Ketika Goreng Ayam!

Nasi ayam memang merupakan satu juadah yang sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Bak kata orang barat, comfort food.

Kunci kepada kesedapan nasi ayam adalah ayam serta nasi itu sendiri. Kalau dua ini tak jadi, memang potong stim nak teruskan makan. Lagi satu, ayam kena elok kejadiannya baru menambah nasi.

Nak tahu macam mana cara goreng ayam, baca entri ini sampai habis.

MyResipi ingin kongsikan satu cara untuk membuat nasi ayam yang enak. Jom tengok resipi dibawah!

Baca juga: Nasi Daging Air Asam, Sedap Sampai Makcik Nak Buat Menantu!

RESIPI NASI AYAM

Bahan-bahan:

Bahan untuk Ayam (direbus):

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk Ayam (diperap):

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk Nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk Sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk Sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang, dihiris

Bahan untuk Kuah Kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam
  • Kicap manis cap Kipas Udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Ayam:

1. Bersihkan ayam dan toskan air. Lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.

2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam.

4. Goreng ayam dalam minyak panas sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Nasi:

1. Basuh beras dan tos air.

2. Masukkan beras bersama air rebusan ayam, garam, dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Sos:

1. Kisarkan semua bahan untuk sos.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap:

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

2. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Tip:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana jika direbus terlalu lama, isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Sumber: Ahmad Humaizi

Baca juga: Rendang Daging Style Mak, Jangan Letak ‘BAHAN’ Ini Kalau Nak Tahan Lama!

Aisha Qistina

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago