nasi arab paling sedap

Mencari nasi arab paling sedap yang boleh dimasak sendiri di rumah sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan hanya menggunakan rempah dapur biasa, anda sudah boleh menghasilkan nasi yang wangi, berempah dan cukup menyelerakan tanpa perlu membeli rempah segera.

Perkongsian resepi ini menjadi perhatian ramai kerana menggunakan air rebusan ayam sebagai rahsia utama untuk menaikkan rasa nasi. Lengkap dengan ayam bakar, sup, sambal Arab dan salatoh, hidangan ini memang sesuai disediakan untuk makan bersama keluarga atau ketika menerima tetamu.

Baca juga: Resepi Masak Hitam Daging Mamu Ini Pernah Raih Hampir 2 Juta Tontonan, Ramai Terus Simpan!

RESIPI NASI ARAB PALING SEDAP

nasi arab paling sedap

Bahan-bahan Rebusan Ayam, Sup Dan Air Nasi:

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • 1 biji bawang besar, dibelah 4 atau 6
  • 1 sudu kecil jintan manis (biji)
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kiub ayam
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 helai daun salam
  • 1 hingga 2 sudu besar rempah kurma
  • Akar ketumbar
  • Garam secukup rasa

Nota: Sangai terlebih dahulu jintan manis, biji ketumbar dan lada hitam tanpa minyak. Tidak perlu dikisar.

Bahan-bahan Nasi:

  • 1 cawan beras basmathi
  • 1½ cawan air rebusan ayam
  • ½ biji bawang besar, dihiris
  • 3 batang kayu manis
  • 2 sudu besar mentega
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Ayam rebus

Bahan-bahan Sambal Arab:

  • Cili api
  • Cili merah
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Jus lemon

Bahan-bahan Salatoh:

  • Timun, dipotong dadu
  • Tomato, dipotong dadu
  • Bawang besar, dipotong dadu
  • Epal hijau (pilihan)
  • Garam
  • Gula
  • Jus lemon

Bahan-bahan Perapan Ayam:

  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • Garam
  • Brown sugar atau madu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna oren (pilihan)

Cara-cara Penyediaan:

1. Rebus Ayam

  1. Sangai jintan manis, biji ketumbar dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan rebusan bersama ayam ke dalam periuk.
  3. Rebus sehingga ayam empuk dan kuah menjadi cukup berperisa.
  4. Asingkan ayam dan simpan air rebusan untuk memasak nasi serta dijadikan sup.

2. Masak Nasi Arab

  1. Tumiskan bawang besar bersama mentega dan kayu manis hingga naik bau.
  2. Masukkan tumisan ke dalam beras basmati yang telah dicuci.
  3. Tuangkan air rebusan ayam mengikut sukatan.
  4. Tambahkan garam dan daun ketumbar.
  5. Letakkan ayam rebus di atas beras.
  6. Masak sehingga nasi betul-betul masak dan gebu.

3. Sediakan Sambal Arab

  1. Kisar cili api, cili merah, tomato, bawang putih dan daun ketumbar hingga halus.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Akhir sekali masukkan jus lemon dan gaul sebati.

4. Sediakan Salatoh

  1. Satukan timun, tomato, bawang besar dan epal hijau jika suka.
  2. Masukkan garam dan sedikit gula.
  3. Perahkan jus lemon dan gaul sehingga sebati.

5. Bakar Ayam

  1. Satukan semua bahan perapan dan gaul bersama ayam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 30 minit supaya lebih meresap.
  3. Bakar di dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit atau gunakan air fryer sehingga ayam masak dan sedikit garing di bahagian luar.

Tips Buat Nasi Arab Lagi Sedap

  • Sangai rempah sebelum digunakan supaya aromanya lebih kuat.
  • Gunakan air rebusan ayam sepenuhnya ketika memasak nasi untuk rasa yang lebih berlemak dan berempah.
  • Pilih beras basmathi berkualiti supaya nasi lebih panjang, gebu dan tidak mudah melekat.
  • Jangan buang lebihan air rebusan kerana boleh dihidangkan sebagai sup.
  • Perahkan jus lemon segar ke dalam sambal Arab dan salatoh untuk memberikan rasa yang lebih segar dan seimbang.
  • Jika menggunakan madu untuk perapan ayam, hasil ayam bakar akan lebih cantik berkilat dan mempunyai rasa manis semula jadi.

Hasilnya, anda akan menikmati nasi arab paling sedap yang harum semerbak, ayam yang lembut dan berjus, sambal Arab yang pedas menyengat serta salatoh yang segar. Walaupun menggunakan rempah homemade, rasanya memang setanding hidangan di restoran Arab.

Selamat mencuba!

Sumber: Shedo Prioritaa

Baca juga: Cara Buat Sambal Ayam Stail Orang Dulu, Sambal Pekat Berkilat Buat Makan Bertambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN