Categories: Resipi

Wanita Ini Dedahkan Resipi Nasi Air Siam, Kenyang Sampai Esok!

Ringkas sahaja resipi nasi air siam ini tapi sangat sedap dan mengenyangkan. Apa yang berbeza dengan bubur lain adalah juadah ini dihidangkan bersama sup.

Nasi air siam ini sesuai untuk makan pagi, tengahari mahupun malam. Tak kira masa dan di mana jua, konsepnya!

Tak tahu nak masak apa? Jangan risau, hari ini MyResipi akan kongsikan resipi oleh Cik Puan Khadijah Jafaar melalui laman muka buku. Tak sabar nak buat nasi air siam ini!

Baca juga: Bosan Makan Nasi? Jom Masak Makanan Western, Salmon Grill Lemon Butter

RESIPI NASI AIR SIAM

Bahan-Bahan (Nasi)

  • 1 cawan beras
  • 4 cawan air
  • 3 hiris halia
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan (Sup Daging)

  • 1/2 kg daging – potong besar
  • 1/2 kg tulang
  • 1 biji bawang besar merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
  • 1 1/2 sudu besar rempah soto/sup
  • Minyak masak
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan-Bahan (Air Lada)

  • 20 biji cili api
  • 1/4 cawan cuka
  • Gula

Bahan-Bahan (Daging Goreng)

  • 1 inci halia – ditumbuk
  • Garam

Bahan-Bahan Lain

  • Ikan bilis goreng
  • Telur masin
  • Lobak masin
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun sup & daun bawang
  • Cili merah

Cara-Cara

1. Cuci beras beberapa kali sehingga bersih.

2. Masukkan kesemua bahan dalam periuk.

3. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.

4. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tetapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.

5. Rebus daging dan tulang dengan air secukupnya sehingga empuk. Ini mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam.

6. Untuk mempercepatkan proses, boleh gunakan periuk tekanan tinggi.

7. Tumis bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sehingga naik bau dan bawang agak perang.

8. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang.

9. Kemudian, masukkan rempah soto/sup dan garam secukupnya.

10. Cik Tie suka guna rempah soto cap Syarifah, tapi kalau tak ada, rempah sup Babas pun sedap juga.

11. Potong kecil daging yang direbus tadi.

12. Gaulkan dengan halia yang ditumbuk dan garam.

13. Gorengkan daging tadi sehingga garing

14. Blend cili api, cuka, dan garam.

15. Untuk air lada, Cik Tie suka lebihkan gula supaya seimbang rasa masam, manis, dan pedas bila dimakan dengan nasi air.

Cara Makan

1. Ambil sesenduk nasi dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Tuangkan air daging panas ke atas nasi.

3. Tambahkan bahan-bahan lain seperti ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, sos ikan, limau nipis, daun sup, daun bawang, dan cili merah.

4. Nikmati sepinggan penuh nasi air Siam yang pasti memuaskan.

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago