PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-21 07:52:11
Isu diet bukanlah perkara yang baru didengari dalam kalangan masyarakat kita. Masing-masing meletakkan azam untuk berusaha menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan diet. Namun, ianya bukanlah mudah untuk kekal konsisten. Itu tidak termasuk dengan senaman dan cara serta kaedah melawan nafsu makan yang membuak-buak. Pastinya proses diet ini adalah proses yang ngeri bagi sesetengah individu. Jadi, ini ada beberapa senarai bahan dan makanan yang sangat sesuai diamalkan untuk rutin diet. Jom ikuti perkongsian daripada Dee Diana Haser ini.
Brokoli ini biasanya direbus, dikukus atau juga boleh dimakan secara mentah. Walaubagaimanapun, cara masak yang lebih baik adalah dengan cara dikukus. Sayur ini mengandungi kalori yang rendah, menjadikannya sangat sesuai diamalkan oleh orang-orang yang sedang berusaha untuk diet. Ianya juga mempunyai kuantiti yang tinggi dari segi tenaga, karbohidrat, vitamin, dan juga mineral yang sangat berguna untuk kesihatan badan kita
Biasanya, keledek ini digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk kuih-muih mahupun goreng-gorengan. Namun, ubi keledek ini juga bagus untuk dimakan sebagai tujuan kesihatan. Khasiat yang terkandung dalam ubi keledek ini adalah seperti Vitamin B, C dan E yang sememangnya dapat membantu mengekalkan kesihatan dalaman. Ianya juga mengandungi protein, jadi anda boleh menggantikan makanan-makanan lain dengan memakan ubi keledek
Buah ini dapat membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Anda boleh mengamalkan minum air lemon semasa tempoh diet. Caranya adalah dengan mengambil jus lemon dan campurkan dengan segelas air suam serta madu. Biasanya, air lemon ini elok diminum pada setiap pagi
Stevia adalah sejenis daun herba yang dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan. Daun stevia ini menjadi komponen pemanis utama yang mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan juga antikulat. Jadi, bagi anda yng ingin berdiet, anda boleh mula menggantikan pengambilan gula putih dengan stevia dalam makanan dan minuman.
Garam bukit ini sifatnya kemerah-merahan dan ianya seratus-peratus asli kerana hampir tidak diproses. Garam bukit ini mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan tubuh manusia.Antaranya seperti potassium, kalsium dan zink. Garam bukit ini mampu meningkatkan kekuatan badan serta oksigen dalam badan. Ianya juga dapat menyerap vitamin dengan lebih sempurna ke dalam badan. Oleh itu, anda boleh menggantikan garam putih kepada garam bukit dalam masakan harian.
Pengambilan salad renyah dalam kehidupan seharian boleh membantu menurunkan dalam masa yang singkat. Ini kerana sayur ini kaya dengan serat. Salad mempunyai kesan positif kepada orang yang mempunyai masalah berat badan kerana ianya mampu meningkatkan proses pencernaan sekaligus mempercepat proses penurunan berat badan. Oleh itu, pengambilan salad ini sangat berkesan bagi orang yang sedang berusaha untuk diet.
Konklusinya, kita perlulah mengambil berat tentang pengambilan makanan dan minuman dalam kehidupan seharian supaya kesihatan kita lebih terjaga. Banyak sumber alam yang dapat membantu mengekalkan kekuatan tubuh badan. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkannya sebaik mungkin.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…