Categories: Resepi

Nak Dapatkan Rasa Bbq Yang Super Duper Sedap? Jom Cuba Tips Ini, Sangat Mudah!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-11 03:07:55

Cara membuat barbeque (BBQ) atau makanan yang dipanggang sedap dan tidak melekat ketika dibakar atas bara api tidaklah sesukar mana. Paling penting kita tahu bagaimana cara hendak memanggang makanan tersebut dengan tepat dan betul. Jadi, mari kita cuba tips untuk dapatkan rasa bbq yang super-duper sedap dari awal hingga akhir yang dikongsikan oleh Ben Safwan di group resipi mudah di Facebook.

Kredit: Ben Safwan

Tips Penting:

  1. Jangan terlalu rendah jarak bara api dengan pemanggang. Sejengkal dewasa ialah jarak elok untuk dapatkan rasa grill/salai dan kurang hangit.
  2. Jangan letak air. Minimakan air. Air hanya diperolehi daripada baki yang melekat pada ayam/kambil hasil tos sahaja. Ianya untuk elakkan dari bahan perap tak melekat pada permukaan ayam/daging. Cecair datang dari minyak/madu.

Kredit: Ben Safwan

Resepi ini untuk 3 ekor ayam seberat 1.5 kg setiap satu,1 kg kambing,1 kg udang malah ada lebih sebekas kecil lagi untik kegunaan harian.

Jadi secara kasar resepi di bawah untuk 9-10 kg bahan perapan.

  • 800 gram madu jenama CED (di pasaraya ada jual dalam botol 500 gram setiap satu
  • 330 gram sos lada hitam Jalen (1 botol ni berat dia)
  • 200 ml minyak masak
  • 3 sudu makan serbuk cili Babas untuk bagi sedikit rasa pedas dan warna merah cantic
  • 3-4 sudu teh garam bukit
  • 2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu makan penuh setiap satu bahan untuk basil/parsley/rosemary/thyme kering.
  • 2 helai daun bayleaf diramas hancur

Kredit: Ben Safwan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas dan kacau.
  2. Baru ambil adunan ikut keperluan dan masukkan dalam ketulan ayam daging. Sapu sekata pada semua bahagian.
  3. Dah siap, masukkan dalam plastik dan ikat. Boleh letak di freezer/chiller untuk perap semalaman minima.
  4. Dah siap. Bila bakar seperti cara di atas,puas hati cukup terasa semua bahan dan melekat cantik.

Kredit: Ben Safwan

Selamat Mencuba

Kredit: Ben Safwan

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago