Ada tak kat sini yang plan nak buat sendiri murtabak mini ala-ala bazar ramadhan? Kalau ada, apa kata kita ikut resipinya di sini.
Rasa bosan juga beli kat bazar ni. Macam syok pula kalau makanan berbuka tu kita masak sendiri di rumah. Dijamain bersih dan yang penting jimat duit poket. Kalau pegi bazar, niat keluar rumah nak beli 1 jenis kuih je, tapi balik nanti confirm berkuih-kuih di belinya.
Baca juga: Kulit Popia Keras Dan Kering? Ini Petua Nak Lembutkan Balik
Nafsu nak makan berbuka ni tak boleh nak ikut sangat. Nanti nak solat terawih pun dah tak larat, rasa ngantok dan rasa penuh je perut. Memandangkan dah ada resipi yang mudah untuk kita follow, apa kata kita cuba je buat sendiri murtabak mini ni kat rumah.
Resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Yanie Mansor. Memang sangat mudah dibuat dan balut hanya menggunakan kulit popia sahaja.
Tak perlu nak menguli tepung lagi untuk buat doh murtabak. Kita pakai je kulit popia. Lagi senang! Tekstur murtabak nanti akan lebih garing dari biasa. Confirm ada yang bertambah-tambah lah di buatnya.
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat inti:
1. Tumis bawang yang dipotong dadu.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam/ daging dan masukkan kentang.
4. Seterusnya, masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti jadi lembik.
5. Kemudian, masukkan gula, garam dan masak sehingga kering.
Cara membalut murtabak:
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
3. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
4. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk di murtabakkan.
Siap untuk dihidang!
Mudah je kan. Lepas ni kalau teringin nak buka puasa dengan murtabak mini ala-ala bazar ramadhan dah boleh buat sendiri je kat rumah. Boleh makan panas-panas dan banyak lagi.
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…