Categories: Resipi

Muffin Blueberry Inti Padat, Bau Wangi Sampai Jiran Jenguk Ke Dalam Rumah!

Muffin blueberry yang paling sedap apabila mempunyai tekstur yang lembut dan gebu serta manis yang tidak berlebihan. Selain itu, mempunyai isi buah blueberry yang penuh.

Tambahan lagi, tiada yang boleh lawan muffin blueberry yang baru keluar dari oven. Bau wangi buah blueberry yang segar bersama-sama inti jem di tengahnya serta topping crumble yang rangup memang sesuai dinikmati bersama yang tersayang!

Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca lagi: Cara Buat Puding Karamel Telur, Rupanya Tak Nak Hanyir, Kena Tambah Ini…

RESIPI MUFFIN BLUEBERRY

Bahan kering:

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula kastor

Bahan basah:

  • 3 biji telur gred B
  • Sedikit esen vanila
  • 4 sudu besar mentega (dicairkan)
  • ½ cawan susu full cream
  • 1 sudu besar jus lemon

Tambahan:

  • 1 atau 2 cawan blueberry (gaul dengan sedikit tepung untuk elak daripada tenggelam dalam adunan)
  • Jem blackcurrant atau jem blueberry (untuk inti)

Topping crumble:

  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula perang
  • Mentega cair secukupnya (hingga teksturnya seperti serbuk roti)

Cara-Cara:

1. Ayak tepung, baking powder, dan baking soda bersama. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk besar, pukul telur dan gula kastor hingga gula larut.

3. Masukkan esen vanila dan susu yang telah ditambah dengan jus lemon, biarkan seketika supaya susu sedikit ‘masam’ seperti buttermilk.

4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan basah, kacau perlahan hingga sebati.

5. Tambahkan mentega cair ke dalam adunan dan gaul hingga rata.

6. Masukkan blueberry yang telah digaul dengan sedikit tepung.

7. Sediakan acuan muffin kegemaran anda. Isikan sedikit adunan muffin, tambahkan sesudu jem blackcurrant atau blueberry di tengah, kemudian tutup dengan baki adunan hingga memenuhi ¾ daripada acuan.

8. Taburkan crumble di atas setiap muffin, dan jika suka, tabur sedikit serbuk kayu manis untuk aroma tambahan.

9. Panaskan oven pada suhu 170°C.

10. Bakar muffin selama 30 minit atau sehingga keemasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Nasi Ayam Hainan Mudah & Pantas, Nasi Terasa Lembut & Basah-Basah

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago