mi kuah

Mi kuah dijadikan sarapan pagi juga merupakan satu idea yang best kan? Tidaklah bosan dengan menu sarapan biasa seperti nasi goreng, mihun dan roti.

Resipi untuk membuatnya juga senang disediakan pada pagi itu. Barulah kenyang seharian!

Jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Adilah Razak melalui perkongsian beliau di lama sesawang Facebook.

Baca juga: Japanese Cotton Cake, Cuba Resipi Ini Supaya Kek Tak Bentat!

RESIPI MI KUAH

Bahan-bahan tumbuk:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus mi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 biji telur (ayam atau itik)
  • Sayur sawi atau kobis, dipotong
  • 1 biji lada besar, dihiris
  • Isi ayam, udang atau sotong (pilih salah satu atau campuran)
  • 1 1/2 mangkuk besar air
  • 1 biji tomato, dipotong

Cara-cara memasak:

1.  Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk (bawang putih dan lada hitam) sehingga naik bau.

2. Kacau bahan tumis dan masukkan isi ayam, udang, atau sotong. Kacau sehingga sekata.

3. Masukkan air ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih.

4.  Apabila air sudah mendidih, masukkan telur. Biarkan telur masak seketika dan membentuk. Angkat dan asingkan telur yang telah masak.

5. Masukkan mi dan sayur sawi atau kobis, serta hirisan tomato ke dalam kuah. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

6.  Masukkan hirisan cili merah besar dan kacau sebati.

7.  Masukkan semula telur yang telah dimasak tadi ke dalam kuali.

8. Tutup api dan mi rebus atau mi kuah anda sedia untuk dihidangkan.

mi kuah

Sumber: Adilah Razak 

Baca juga: Masak Tumis Daging, Resipi Yang Janji Berbaloi Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN