mi goreng mamak

Bila dah lewat malam, perut berkeroncong meminta makan. Terasa-rasa nak makan mi goreng mamak tapi nak bersiap, alahai malasnya!

Godek-godek dapur, bahan untuk buat mi goreng mamak serba cukup. Ha apa lagi, moh kita buat cara sendiri.

Diet? Boleh start esok! Janji, malam ini kenyang dan tidur nyenyak.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Shamlah JD.

Baca juga: Cara Buat Pes Mee Goreng Ala Emak-Emak, Tinggal Tumis Saja

RESIPI MI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 600 gm mi kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih (dikupas dan dihancurkan)
  • 1 tomato (dihiris)
  • 3 biji telur (saiz besar)
  • 2 cili hijau (dihiris)
  • 2 tauhu (dipotong kecil)
  • 10 bebola ikan (dipotong separuh)
  • Sawi secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar kacang tanah goreng (dikisar kasar)
  • 2 cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

  • 8 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang saiz kecil
  • 15g ikan bilis
  • 5g udang kering
  • 5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

Cara Memasak:

1. Dalam kuali, panaskan minyak.

2. Sebaik sahaja minyak panas, masukkan bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga beraroma.

3. Masukkan bawang besar yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.

4. Tambahkan tauhu dan bebola ikan. Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain seperti udang atau sotong mengikut citarasa sendiri. Goreng hingga berwarna keemasan.

5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama tomato dan kacau hingga sebati.

6. Masak hingga bahan-bahan tersebut pecah minyak.

7. Setelah bahan-bahan pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.

8. Sebaik sahaja air mula mendidih, tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.

9. Masukkan mi, sos tiram, kicap pekat, dan garam secukup rasa. (Nota: Gunakan garam dengan berhati-hati kerana bahan kisar sudah mengandungi udang kering dan ikan bilis yang masin.)

10. Kacau hingga semua bahan sebati dan biarkan hingga mi masak.

11. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau, dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.

mi goreng mamak

Sumber: Shamlah JD

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN