Memang sedap kalau sarapan pagi dihidangkan dengan mi basah yang serba serbi cukup rasa. Nak pula kalau masak mi basah guna kuali hitam atau kuali ‘legend‘ mesti bertambah-tambah sedap!
Bahan yang digunakan senang didapati serta masa penyediaan juga tidak lama. Memang tersangat senang untuk dimasak.
Jom kita tengok resipi oleh Mohd Zaimi Ibrahim yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook beliau.
Baca juga: Nak Mee Kari Lebih Sedap, Tambahkan Bahan ‘Rahsia’ Ini!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Blend semua bahan yang bertanda * sehingga halus.
2. Tumis semua bahan yang telah diblend sehingga harum dan garing.
3. Masukkan isi ayam, udang, dan sotong ke dalam kuali. Kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
4. Kemudian, masukkan kicap manis, kicap masin, dan sos cili. Kacau sehingga sebati.
5. Tambah sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
6. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
7. Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan mee, sawi, dan taugeh. Gaul rata sehingga mee masak dan sayur-sayuran layu.
8. Tutup api dan biarkan seketika untuk melekatkan rasa.
9. Hidangkan mee goreng basah dalam kuali hitam anda dengan segera, pastikan tidak terlalu lama untuk mengelakkan mee menjadi kering.
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Zaimi Ibrahim
Baca juga: Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…