Categories: Resipi

Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!

Pelbagai hidangan mee berkuah yang pernah dimakan, tapi sudahkah anda cuba Mee Celup Thai dengan kuah yang sangat lazat?

Mee Celup Thai merupakan hidangan popular di Thailand yang memiliki rupa yang sama seperti mee rebus, namun ada perbezaan di antara kedua-dua hidangan ini.

Mee rebus adalah mee yang direbus sekali dalam kuah bersama bahan-bahan dan terus dituang ke dalam mangkuk, manakala Mee Celup adalah mee yang dicelur dalam air panas kemudian dicelup ke dalam mangkuk yang berkuah.

Nak tahu bagaimana rasa Mee Celup Thai yang lain dari yang lain, anda boleh ikut resipi daripada Faziela Lala di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Mee Rebus Daging Dengan 5 Langkah, Sekejap Saja Dah Siap!

RESIPI MEE CELUP THAI

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Tulang atau daging atau ayam
  • 1 paket rempah sup Thai (pek oren)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Serai (diketuk)
  • Akar Ketumbar
  • Daun Ketumbar (dikisar)
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • Kicap mountain Thai

Bahan-bahan untuk celur:

  • Kangkung atau sawi
  • Taugeh
  • Mee atau kway teow atau bihun atau maggi Thai

Bahan-bahan untuk penambah rasa:

*Boleh juga beli bahan penambah rasa yang sudah siap

Cara-cara untuk memasaknya:

1. Tumis bawang putih, akar ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup Thai sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan daun Ketumbar yang telah dikisar untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap mountain Thai.

3. Tambahkan air bersama daging atau ayam, garam dan serbuk perasa, kemudian rebus sehingga daging empuk (apabila daging sudah empuk, boleh keluarkan dan hiris nipis).

4. Akhir sekali, boleh celupkan mee ke dalam kuah dan masukkan bahan penambah rasa. Siap untuk dihidang!

Setelah makan Mee Celup Thai ini, hasil kuahnya memang sedap yang tiada tandingan, silap-silap bakal mak mertua pun terus nak buat anda jadi menantu.

Selamat mencuba!

Sumber: Faziela Lala

Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja

Aimi

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

2 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

3 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

3 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

6 days ago