Anda yang kini berada di Johor Bahru teringinkan mee celup yang sedap? Haa anda telah datang ke tempat yang betul.
Sebuah akaun di Twitter @visitjohor_ ada berkongsi satu tempat makan yang menjual makanan thai yang sedap. Keistimewaan mereka sudah tentulah mee celup yang menjadi tarikan pelanggan di sini.
Selain itu, mereka juga ada menyediakan beberapa jenis makanan lain yang boleh anda cuba. Memang tak rugilah kalau anda datang ke sini.
Mee Celup Ala-Ala Thai Di Johor Bahru, Anda Wajib Cuba:
” Siapa yang teringin nk layan Mee Celup ala Thai kat JB ni, korang wajib pergi Wani Mee Celup Kg Melayu Majidee ”
” Macam-macam mee korang boleh pilih mcm maggi, bihun, & kuetiau. Lepas tu level pedas pon boleh adjust sendiri ikut selera masing masing, tambah je topping yang atas meja tu ”
Nampak menarik kan? Haa untuk mee celup, anda boleh memilih jenis mee yang ada mahu. Mereka akan memberi pilihan sama ada mee, kuetiaw dan juga bihun. Untuk level kepedasa pula, anda boleh memilih level kepedasan yang anda mahu.
Selain itu, ramai juga yang suka dengan Som Tam mereka tau. Dan yang bestnya keropok lekor di sini juga sangatlah sedap dan murah!
“ Wow, mesti mantap lahhhh “
“ Tak lengkap lah menu ala Thai kalau takde Som Tam, nak lagi best order keropok lekor serendah RM3 pon ada. Sure balik rumah pon mesti terbayang. Apa lagi, malam ni menu mee celup lahhh! ”
Jadi orang Johor, anda tunggu lagi apa lagi? Jom la serbu kedai ni!