Jom kita ramai-ramai cuba resipi Meatball Stew cara orang Swedish. Hidangan ini menggabungkan kentang dan kuah gravy yang dimasak secara perlahan dalam periuk pressure cooker.
Cara penyediaannya ini sangatlah mudah. Cuma perlu menggunakan beberapa jenis bahan sahaja.
Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!
Untuk versi halal, kita boleh guna daging kisar daging dan ayam. Jadi tak lari jauh dari resipi yang dikongsikan sendiri oleh Chef Selebriti iaitu Donal Skehan ini.
Perkongsian chef ini tular hingga meraih sehingga 12k likes, 429 komen dan 389k tontonan! Memang ramai yang ingin mencubanya.
Memang comfort food kalau buat untuk dinner atau tengah tak ada mood nak makan nasi. Hiks!
RESIPI MEATBALL STEW CARA SWEDISH
Tengok dari perkongsian chef ini pun dah buat kita terliurkan! Jom kita buat sendiri di rumah. Ini penulis olah sikit untuk korang cuba versi halal.
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 1 ulas bawang putih – dikisar
- 350g daging kisar
- 350g ayam kisar
- secubit garam
- Secubit lada putih
- 100g serbuk roti
- 1 biji telur
- Segenggam daun dill – dicincang halus
- Segenggam daun parsley – dicincang halus
- Butter
- 400g baby potato – dibelah dua
Bahan Sos:
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung biasa
- 500ml stok daging lembu
- krim 200ml
Bahan Hiasan:
- Dill segar
- Krim fraiche
- Kacang hijau
- Jem Lingonberry – optional
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati dan bentukkanbentuk meatball kecil.
2. Masukkan butter ke dalam kuali dengan api sederhana dan goreng meatball hingga keperangan tetapi belum masak sepenuhnya. Goreng sedikit-sedikit supaya kuali tak penuh.
3. Pindahkan meatball ke dalam periuk pressure cooker dan masukkan jus sebanyak mungkin, sebelum dimasukkan ke dalam kentang.
4. Untuk membuat sos pula, cairkan butter dengan api perlahan dan masukkan tepung perlahan-lahan. Bila sebati, masukkan stok dan perlahan-lahan biarkan mendidih sambil terus dikacau. Tuangkan krim, gaul dan pindahkan ke dalam periuk perlahan.
5. Masukkan semua adunan ke dalam periuk pressure cooker kemudian biarkan ia masak selama 4 hingga 6 jam.
6. Hidangkan dengan taburan dill atau parsley segar, sebiji krim fraiche, sesudu kacang peas dan jem lingonberry jika ada. Siap untuk dimakan!
Menu ringkas dan sangat sesuai dihidang buat anak-anak. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah macam ni. Anak-anak bosan di rumah dan asyik nak makan je. Menu ini juga cukup mengenyangkan.
Selamat mencuba!