
Lepas balik kerja, perkara terakhir yang ramai nak fikir ialah, “Hari ni nak masak apa?” Akhirnya, ramai memilih untuk membeli makanan di luar walaupun sebenarnya sudah ada bahan mentah di rumah.
Meal prep ialah salah satu cara yang boleh membantu. Dengan meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk menyediakan bahan atau lauk asas, urusan memasak pada hari bekerja menjadi lebih cepat dan mudah.
Tak perlu masak semua menu sekali gus. Sebaliknya, sediakan beberapa komponen utama yang boleh dipelbagaikan sepanjang minggu mengikut cita rasa seisi keluarga.
1. Sediakan protein untuk beberapa hari

Ayam, daging atau ikan boleh diperap lebih awal mengikut citarasa masing-masing.
Bahagikan mengikut saiz hidangan dan simpan dalam bekas kedap udara atau ziplock freezer bag sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku. Cara ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memudahkan anda mengambil satu hidangan pada satu masa tanpa perlu mencairkan semuanya.
Apabila tiba waktu memasak, anda hanya perlu menggoreng, memanggang atau memasaknya mengikut menu pilihan.
2. Potong dan simpan sayur lebih awal

Sayur seperti lobak merah, brokoli, kobis, capsicum atau kacang panjang boleh dibasuh, dipotong dan terus disimpan dalam bekas lutsinar.
Jika mempunyai vegetable chopper, kerja memotong sayur juga boleh disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja.
Selain menjimatkan masa, cara ini memudahkan anda menyediakan hidangan seimbang tanpa perlu menyediakan semua bahan dari awal setiap kali memasak.
3. Masak nasi atau bijirin lebih awal

Jika anda makan nasi setiap hari, cuba masak dalam kuantiti yang lebih banyak.
Bahagikan mengikut saiz hidangan menggunakan meal prep container yang boleh dipanaskan semula di dalam microwave. Ini memudahkan anda mengambil satu hidangan pada satu masa tanpa membazir.
Selain nasi putih, anda juga boleh menyediakan nasi perang, quinoa atau pasta sebagai pilihan.
4. Sediakan pes atau sambal homemade

Pes tomyam, pes kari, sambal tumis atau sambal hijau boleh dimasak lebih awal dan disimpan dalam balang kaca kedap udara.
Selain lebih kemas, balang kaca juga membantu memastikan pes tahan lebih lama jika disimpan dengan betul.
Apabila mahu memasak, anda hanya perlu mengambil beberapa sudu pes dan menambah protein atau sayur pilihan.
5. Asingkan bahan mengikut menu

Daripada menyimpan semua bahan dalam satu bekas, cuba asingkan mengikut menu.
Sebagai contoh:
- Isnin – Ayam Paprik
- Selasa – Ayam Black Pepper
- Rabu – Chicken Teriyaki
- Khamis – Ayam Masak Kicap
- Jumaat – Chicken Wrap
Supaya lebih teratur, gunakan label makanan atau pelekat kecil untuk menulis nama menu dan tarikh penyediaan. Anda juga boleh memilih bekas yang sama saiz supaya mudah disusun dalam peti sejuk.
6. Sediakan snek sihat sekali
Selain lauk utama, jangan lupa sediakan snek untuk mengelakkan rasa lapar ketika bekerja.

Antara pilihan yang mudah ialah:
- Buah-buahan
- Yogurt
- Telur rebus
- Kekacang
- Overnight oats
Simpan semuanya dalam bekas kecil bertutup supaya mudah dicapai apabila lapar dan lebih praktikal untuk dibawa ke pejabat.
Lengkapkan keperluan meal prep anda
Meal prep akan jadi lebih mudah apabila anda mempunyai kelengkapan yang sesuai.
Tak semestinya perlu beli semuanya sekali gus, tetapi beberapa peralatan asas boleh membantu menjimatkan masa memasak, memastikan makanan lebih tersusun dan memudahkan penyimpanan dalam peti sejuk.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














