Categories: Resipi

Resipi Masak Hitam Daging Turun-Temurun Ini Ada ‘Rahsia’ Wangi Memikat, Ramai Nak Cuba!

Masak hitam daging antara lauk tradisional Melayu yang paling digemari ramai. Aroma rempahnya yang pekat, rasa manis, masin, sedikit pedas dan wangi memang buat kita tak boleh berhenti makan.

Resipi ini turun-temurun digunakan oleh MasMira Idris untuk katering, penghantaran makanan dan jualan lauk frozen. Sesuai untuk rumah, piknik atau bisnes, lauk ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!

RESIPI MASAK HITAM DAGING

Bahan-bahan:

  • 20kg daging lembu

Bahan-bahan tumisan:

  • Kulit kayu manis: 4 batang
  • Bunga lawang: 10 kuntum
  • Bunga cengkih: 15 biji
  • Buah pelaga: 15 biji
  • Daun pandan: 9 helai besar
  • Daun kari: 25 tangkai
  • Bawang besar rincik: 1 beg (6×9)
  • Bawang putih rincik: suku beg (6×9)
  • Halia rincik: suku beg (6×9)
  • Minyak masak: 2.5 kg

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar: 3 kg
  • Bawang putih: 200 g
  • Halia: 500 g

Bahan-bahan tambahan:

  • Kicap lemak manis: 1.3 kg
  • Serai ketuk: 12 batang
  • Asam jawa: 150 g
  • Garam masala: 5 sudu besar
  • Gula batu: 1.5 genggam
  • Gula putih: 850 g
  • Serbuk perasa: 20 sudu kecil

Bahan-bahan sangai (rahsia wangi):

*Tip: Basuh dan sejat semua bahan sebelum sangai. Sangai cili kering dahulu, baru bilas dan sejat. Lada hitam dan jintan manis boleh sangai sekali.

Cara-cara penyediaan:

1. Sangai & Kisar Rempah

  • Sangai cili kering, jintan manis dan lada hitam sehingga naik bau wangi.
  • Biarkan sejuk, kemudian kisar semua bahan sangai hingga halus. Tambah sedikit minyak jika perlu.

2. Tumis Bahan Tumisan

  • Panaskan minyak, tumis semua bahan tumisan sehingga bawang garing kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar, serai ketuk, garam masala, gula batu, gula putih dan serbuk perasa. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masak Daging

  • Masukkan daging yang telah dibasuh dan disejat airnya.
  • Tambahkan air secara berperingkat supaya daging empuk dan kuah meresap.
  • Masukkan garam, air asam jawa, kicap dan sedikit daun kari. Masak sehingga daging empuk dan kuah pekat.

4. Sentuhan Akhir

  • Perlahankan api dan masak sehingga minyak pecah semula.
  • Sesuaikan rasa manis, masin dan pedas mengikut citarasa.

Tips Masak Hitam Daging Padu

  • Daging lebih empuk: Pastikan air daging disejat sebelum dimasak.
  • Kuah pekat dan wangi: Tumis rempah sehingga garing dan pecah minyak.
  • Aroma rempah: Sangai cili kering, lada hitam dan jintan manis.
  • Sajian: Hidang dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi tomato.

Resipi masak hitam daging bukan sahaja sedap dan wangi, malah sesuai untuk pelbagai majlis. Dengan langkah demi langkah yang mudah diikuti, anda boleh hasilkan daging empuk dengan kuah pekat yang penuh aroma rempah.

Selamat mencuba!

Sumber: Masmira Idris

Baca juga: Resipi Daging Rendang Paling Ringkas…Lembut, Kaya Rasa & Sesuai Kalau Pertama Kali Nak Cuba!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

4 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

5 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

8 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

8 hours ago