Hujung minggu makin dekat, apa kata cuba resipi pencuci mulut yang mudah ini iaitu mars bars cookies yang terasa mahal tapi bahannya mesra poket.
Resipi ini mesti akan disukai oleh keluarga di rumah terutama sekali anak-anak anda. Jadi, memang berbaloi sangat sekiranya dicuba.
Jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Aqilah melalui laman sesawang Facebook.
Baca juga: Resepi Mochi Guna 5 Bahan, Tak Payah Kukus Tetap Lembut Jadinya
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Potong coklat Mars menjadi kepingan kecil.
2. Satukan coklat Mars, golden syrup, dan mentega dalam pan atau periuk kecil.
3. Cairkan campuran tersebut secara double boiler. Kacau hingga rata.
4. Masukkan rice krispies dan cornflakes ke dalam campuran coklat yang telah cair. Gaul sehingga rata.
5. Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.
6. Sudukan adunan ke dalam bekas dan tekan-tekan sehingga padat dan rata. Ulang langkah ini sehingga semua adunan habis digunakan. Ketepikan.
7. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
8. Selepas itu, tuangkan coklat cair ke atas krispies yang telah ditekan padat tadi.
9. Jika suka, hias permukaan atasnya mengikut kreativiti sendiri atau biarkan kosong.
10. Bekukan dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.
Selamat mencuba!
Sumber: Aqilah 11
Baca juga: Japanese Cotton Cake, Cuba Resipi Ini Supaya Kek Tak Bentat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…