roti sourdough

Roti sourdough semakin popular sebagai pilihan yang lebih sihat berbanding roti putih biasa. Ini kerana proses pembuatannya yang unik dan memberikan banyak manfaat untuk kesihatan kita.

Berbeza dengan roti putih, sourdough melalui proses fermentasi yang melibatkan lactobacilli dan ragi, menghasilkan roti yang bukan sahaja lebih enak tetapi juga berkhasiat.

Ia mengandungi probiotik yang baik untuk sistem pencernaan, serta lebih rendah gluten dan mempunyai indeks glikemik yang lebih rendah. Ini menjadikannya sesuai bagi mereka yang ingin mengawal gula dalam darah atau mengurangkan berat badan.

Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih dekat manfaat-manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh jenis roti ini dan mengapa ia patut menjadi pilihan dalam diet harian kita.

Baca juga: Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Elok Untuk Diabetes & Banyak Lagi Kelebihan Lain

Berikut adalah beberapa perkara penting tentang roti sourdough:

1. Roti sourdough merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih.

2. Ia dibuat daripada tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Proses ini menyebabkan roti mengembang dan menghasilkan rasa yang khas.

3. Kandungan probiotik dalam roti sourdough menjadikannya lebih sihat, terutamanya untuk kesihatan perut dan usus.

4. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini adalah tepung, ragi, dan sedikit gula. Tiada pengawet atau pewarna yang digunakan, menjadikannya pilihan yang lebih baik.

5. Walaupun roti sourdough  dibuat daripada tepung yang sama dengan jenis lain, proses fermentasi telah meningkatkan kandungan nutrisinya.

Baca juga: Resipi Sosej Homemade Guna Isi ayam, Lebih Sihat Untuk Anak

MANFAAT ROTI SOURDOUGH

roti sourdough

Berikut adalah beberapa manfaat utama roti ini:

1. Kaya Dengan Protein

Sepotong roti sourdough mengandungi lebih banyak protein berbanding roti putih biasa.

2. Mudah Dicerna

Ini kerana ia mengandungi prebiotik dan probiotik. Prebiotik adalah serat yang tidak dapat dicerna dan memberi makan bakteria baik dalam usus, manakala probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus.

3. Rendah Gluten

Proses fermentasi menjadikan roti ini lebih rendah gluten. Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam biji-bijian tertentu dan boleh menyebabkan masalah pencernaan bagi mereka yang sensitif atau alergi terhadapnya.

4. Mengawal Gula Darah Dengan Lebih Baik

Proses fermentasi juga mengubah struktur molekul karbohidrat, menjadikannya rendah indeks glikemik.

5. Membantu Penurunan Berat Badan

Kehadiran probiotik dan proses fermentasi membantu menghasilkan sebatian yang dipanggil asid lemak rantai pendek seperti butirat, propionat, dan asetat yang meningkatkan penghasilan tenaga dan mengurangkan selera makan.

6. Menyokong Penghadaman

Probiotik dalam sourdough membantu menjaga keseimbangan bakteria dalam usus. Probiotik ini juga membantu mengatasi masalah sindrom iritasi usus besar (IBS), mengurangkan gas, kembung, dan sembelit. Ia juga membantu melawan jangkitan Helicobacter pylori, salah satu penyebab utama gastritis.

Sumber: Dr Zubaidi

Baca juga: 10 Bahan Pengganti Garam Agar Masakan Lebih Sihat, Tetap Sedap & Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN