Kalau sebut tentang Pantai Timur terutamanya Kuantan, pasti benda pertama yang akan kita ingat adalah makanan laut yang segar-segar belaka.
Tapi persoalannya, di mana port makanan laut ini terletak? Jangan risau, MyResipi ada jawapannya.
Jom kita tengok 10 port syurga makanan laut di Kuantan Darul Makmur!
Baca juga: 35 Port Makan BEST Di Kuala Terengganu, Kaki Foodie Boleh Cuba (2024)
5 PORT MAKANAN LAUT DI KUANTAN
1. Ana Ikan Bakar Petai 3
Tidak sah kalau datang Kuantan tetapi tidak singgah ke Ana Ikan Bakar Petai ini. Meskipun restoran ini mempunyai cawangan sendiri di sekitar Selangor namun tetap tak boleh lawan suasananya ketika berada di Kuantan.
Lokasi yang terletak di Tanjung Lumpur dan berdekatan dengan hotel serta bandar, membuatkan restoran ini sangat strategik untuk dicari!
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm hinga 12 am
2. Sara Thai Kitchen (Jalan Gambut Branch)
Menu makan malam ketika di sini, boleh cuba restoran Thai yang sangat sinonim dengan penduduk Kuantan iaitu Restoran Sara Thai Kitchen.
Hidangan-hidangan menarik seperti siakap stim limau, sotong kukus ala Thai, udang goreng tepung dan pelbagai lagi menu pasti akan buatkan anda terliur.
Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 1pm hingga 11pm
3. Super Top
Restoran Super Top ini dikenali dengan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan ikan bakar yang amat terkenal. Pelbagai pilihan ikan yang segar boleh dipilih oleh anda untuk dibakar.
Pelanggan juga boleh memesan menu lain seperti sotong, lala, kerang dan bermacam lagi makanan laut di sini.
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 5pm hingga 12am
4. Warung Pok Su & Mok Su
Kalau dah di Pantai Timur, haruslah mencuba ICT atau nama panjangnya ikan celup tepung. Warung Pok Su & Mok Su ini seakan-akan gerai ICT di negeri Terengganu.
Anda disarankan datang awal kerana jika lewat, makanan akan cepat habis!
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Peramu, 26060 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30am hingga 7.30pm
5. Celup Tepung Hujung Tanjung
Warung ini yang sangat berdekatan dengan perkampungan nelayan menjadi tempat hotspot bagi pencinta makanan celup tepung.
Anda boleh memilih makanan laut yang sangat segar seperti udang, lonjok, ikan dan pelbagai lagi sebelum digoreng. Jadi hidangan yang sampai di meja anda, masih panas-panas.
Bagi yang kurang gemar makanan celup tepung, anda boleh mencuba mee kari, sata, otak-otak serta kari kepala ikan!
Alamat: Celup Tepung Hujung Tanjung, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Sabtu-Rabu, 12.30pm hingga 7pm manakala hari Jumaat, 2pm hingga 7pm
Dah tahu nak cuba restoran mana satu?
Selamat mencuba!
Kredit: Saji.My
Baca juga: “Lain Macam Potong Piza Guna Parang”- Tempat Makan Viral Baru Di Melaka!