Categories: InformasiMaggi

MAGGI® Terus Perkasa Remaja Malaysia Dengan Bengkel MSSCC — Memasak Jadi Lebih Mudah & Seronok!

Kalau anda pernah dengar tentang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC), anda mesti tahu betapa besarnya impak program ini kepada pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Tahun ini, MSSCC bukan saja berlangsung seperti biasa, malah peluang pembelajaran diteruskan lagi selepas pertandingan tamat melalui bengkel khas yang dianjurkan MAGGI®.

Dengan misi memperkaya kemahiran memasak dan pemakanan sihat dalam kalangan remaja, bengkel ini memberi pengalaman hands-on yang sangat berguna untuk generasi muda kita.

Bengkel Amali Sehari Bersama Chef Profesional & Pakar Pemakanan

Bengkel ini menghimpunkan lima pasukan pemenang MSSCC 2025, chef profesional dan pakar pemakanan Nestlé dalam satu sesi pembelajaran yang penuh ilmu. Pelajar bukan sahaja dapat belajar resipi, tetapi juga teknik dapur sebenar yang boleh digunakan setiap hari di rumah.

Antara ilmu penting yang mereka pelajari:

1. Pemakanan Seimbang Dengan Cara Yang Mudah

Pakar Pemakanan Nestlé, Leong Ven Luan, menerangkan cara buat pilihan makanan yang betul tanpa rasa terbeban. Ramai remaja fikir makan sihat susah dan mahal tapi sebenarnya, semuanya boleh disesuaikan dengan bajet & rutin harian.

2. Resipi Cepat, Lazat & Seimbang

Chef Residen MAGGI®, Chef Sharifah Hamidah, menunjukkan resipi yang simple dan sedap, sambil membuktikan prinsip MSSCC boleh diamalkan di rumah. Memasak makanan sihat tak semestinya rumit, yang penting asas dan kreativiti.

3. Kemahiran Asas Dapur

Chef Profesional, Chef Naem Ramli, memberi tunjuk ajar tentang teknik asas seperti cara menggunakan pisau dengan betul, langkah keselamatan dapur, dan cara menyediakan makanan secara teratur.

4. Inspirasi Dari Juara MSSCC 2016

Bekas juara MSSCC, Chef Ariff, berkongsi perjalanan beliau daripada seorang pelajar sekolah sehinggalah menjadi chef profesional hari ini. Kisahnya membuktikan ilmu memasak ketika muda mampu membuka pintu kerjaya yang lebih luas.

Membina Generasi Remaja Yang Lebih Sihat & Yakin Di Dapur

Remaja hari ini hidup dengan jadual yang sangat padat, sekolah, aktiviti kokurikulum, dan lain-lain. Jadi, ramai yang struggle nak kekalkan pemakanan seimbang. Sebab itulah bengkel MSSCC ini sangat bermakna.

Menurut Chef Sharifah:

“Pemakanan seimbang tidak semestinya rumit atau mahal. Dengan asas yang betul, setiap anak muda Malaysia boleh memasak hidangan yang lazat, seimbang dan berpatutan.”

Pelajar sendiri turut merasai impaknya.
Kata Muhammad Amsyar Haikal dari SMK Belara, Kuala Terengganu:

“Belajar terus daripada chef profesional memang buka mata kami. Dari teknik pisau, penyediaan hidangan seimbang sampailah ilmu pemakanan — banyak benda kami boleh guna dalam kehidupan seharian.”

Chef Naem pula berkata:

“Ini peluang untuk memberi inspirasi. Bila kita ajar amalan memasak seimbang sejak usia muda, kita membantu generasi akan datang lebih peka terhadap pemakanan.”

Komitmen MAGGI® Untuk Masa Depan Yang Lebih Sihat

MSSCC bukan sekadar pertandingan, ia usaha berterusan MAGGI® untuk membentuk generasi muda yang yakin, berkemahiran dan lebih bijak membuat pilihan makanan. Dengan bengkel seperti ini, nilai-nilai memasak seimbang dapat dibawa pulang ke rumah, keluarga dan komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai MSSCC 2025, layari www.maggi.my.

Nurul

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

3 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

4 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

4 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

4 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

7 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

7 hours ago