maggi kari homemade

Wah, bila nampak je resipi Maggi terus klik ya! Ini ada resipi Maggi Kari Homemade tanpa guna MSG dan perasa tiruan. Rasanya memang lagi padu!

Baca juga: Cara Buat Maggi Kari Tumis, Berebut Nak Makan Musim Hujan Ni!

Bila Maggi ni sudah menjadi makanan ‘wajib’ rakyat Malaysia, memang susah nak tolak hidangan ringkas ini. Tapi Maggi kosong biasa je bosan lah kan? Ha, harini jom kita belajar cara-cara nak upgrade resipi Maggi jadi lagi best!  

Ikuti resipi sihat dari perkongsian Cik Puan Mazliana Mazlan dari Facebook ini. Mudah juga rupanya nak diet tapi teringin makan maggi. Hiks!


RESIPI MAGGI KARI TANPA MSG DAN PERASA TIRUAN

Maggi kari homemade tanpa MSG dan perasa tiruan. Buat sendiri je kat rumah. Yang penting, kena ada cendawan atau tomato. Sedap. Banyak kali dah saya repeat buat resepi ni. Korang boleh cuba!

Bahan-bahan:

  • Natural plain noodles
  • Cendawan
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Rempah kari
  • Pes balado (atau ganti cili padi)
  • Gula kelapa
  • Garam Himalaya
  • Kiub ayam homemade
  • Minyak kelapa
  • Air
  • Sawi
  • Telur

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bebawang, cendawan dan cili padi 5 saat.

2. Masuk rempah kari dan minyak, tumis 4 minit.

3. Tambah kiub ayam homemade, gula, garam dan air. Reneh semua bahan ni 8 minit. Penting step ni, nak keluarkan rasa umami dari cendawan tu.

4. Masuk maggi, masak 6 minit. 2 minit terakhir masukkan sayur dan telur. Siap! 

Nota tambahan:

  • Saya masak guna Thermomix, best sebab boleh masak dan tinggal. Kisar pun dalam bekas yang sama. Follow je resepi step by step ini.
  • Yang takde Thermomix lagi, boleh buat juga, mudah dan senang je.

Selamat mencuba resipi maggi yang sihat ini.

Baca juga: Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN