Jom cuba resipi maggi goreng basah paling simple dan sedap yang dikongsikan oleh Sarah Kamilla ini. Bila balik kerja ni, selalunya nak masak yang simple-simple ja janji buat alas perut. Tak perlu lebih-lebih sangat bahan.
Baca juga: Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je
Kalau nak sedap sikit campurkan dada ayam atau pun udang sebagai bahan tambahan. Selebihnya hanya gunakan bahan sos dan telur. Masak macam ni kadang-kadang serius lebih sedap dari yang ada macam-macam bahan.
Sos yang biasa ada kat dapur tu sebenarnya dah cukup berikan rasa masam, manis dan masin. Dan perencah maggi tu sendiri dah rasa sedap.
Terpulang juga anda suka yang kembang atau biasa-biasa je. Resepi ni dibuat versi kembang dan kena dengan selera pemilik resepi. Ikut selera anda. Jom lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan:
Maggi goreng ni tak perlukan sebarang bawang. Terus tumis sos dan juga telur. Kalau anda jenis suka pedas, bolehlah campak sikit cili padi untuk beri rasa pedas. Tapi tak perlu banyak sangat sebab takut bau cili kuat sangat.
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak sedikit dalam kuali. Gunakan api perlahan.
2. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan sikit je. Kalau seorang makan dalam 1/2 sudu untuk setiap satu sos.
3. Kacau sebati dan tumis.
4. Lepas tu masukkan telur. Terus kacau laju untuk bagi telur jancur sepenuhnya. Kalau nampak macam kering, masukkan air sedikit.
5. Kemudian masukkan udang atau isi ayam. Kalau masuk ayam dipotong dadu.
6. Masukkan perencah Maggi. Jangan masukkan semua sebab takut masin. Sos tiram sebenarnya dah cukup rasa masin.
7. Dan akhir sekali masukkan air sikit untuk tak bagi kering. Dah siap, boleh padamkan api.
Resipi ni memang paling simple kan. Sayur pun tak dimasukkan sekali. Kalau rasa macam nak tambah tu, bolehlah masukkan ½ biji tomato yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera.
Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Buat Maggi Kari Tumis, Berebut Nak Makan Musim Hujan Ni!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…