Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula terasa kurang selesa atau hidung mula berair. Gabungan limau kasturi dan halia memberikan rasa segar serta hangat, manakala madu menambah rasa manis yang menyenangkan.

Resipi ini juga boleh dibuat dalam kuantiti yang lebih banyak dan disimpan untuk dinikmati apabila diperlukan. Tidak perlu tunggu badan kurang sihat untuk menikmatinya kerana campuran ini juga boleh dibancuh sebagai minuman harian.

Untuk menikmatinya, ambil sesudu campuran dan bancuh dengan air suam. Jika mahukan sesuatu yang lebih menyegarkan, boleh juga dicampurkan ke dalam teh ais dan dinikmati bersama hidangan.

Baca juga: Cara Buat Pencuci Pinggan Homemade Guna Limau Kasturi, Peram 8 Jam… Tahan Berbulan!

MADU LIMAU KASTURI

madu limau kasturi

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Basuh limau kasturi dan halia hingga bersih. Hiris limau kasturi kepada dua atau beberapa bahagian, manakala halia dihiris nipis.
  2. Masukkan limau kasturi dan halia ke dalam periuk. Tambahkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
  3. Masak menggunakan api perlahan sehingga limau mula mengeluarkan jus dan gula larut.
  4. Tutup api dan biarkan campuran suam sebelum masukkan madu. Gaul sehingga sebati.
  5. Simpan dalam bekas atau balang yang bersih dan bertutup. Boleh dibuat dalam kuantiti lebih banyak untuk dijadikan stok di rumah.
  6. Apabila diperlukan, ambil sesudu campuran dan bancuh dengan air suam. Ia juga boleh dicampurkan ke dalam teh ais untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Nota: Jika mahu disimpan lebih lama, pastikan bekas benar-benar bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ini ialah minuman atau ramuan untuk melegakan tekak, bukan rawatan atau pencegahan selesama.

Sumber: Threads @lilyinkl

Baca juga: Limau Kasturi Tak Cepat Rosak, Ini Tip Mudah Bekukan Jus Untuk Air, Sambal & Masakan Harian!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending