mac and cheese

Jom buat Mac and Cheese guna Prego, memang mudah sebab semua dah segera tinggal campakkan dalam kuali saja. 

Resipi yang menggabungkan macaroni dan keju ini memang banyak penggemarnya terutama sekali anak-anak kecil. Hendak pula tengah cuti sekolah ini, memang laju mereka nak makan.

Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Disebabkan hidangan ini berasaskan cheese, jadi perut lagi senang kenyang dan tahan lama. Guna pula pasta jenis macaroni, bentuknya memang senang nak masuk dalam mulut menggunakan sudu.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Nazuhaina Azu dari laman Facebook yang meraih 1.7k perkongsian ini. Memang ramai pencinta macaroni keju ini ya. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.


RESIPI MAC AND CHEESE GUNA PREGO

Portion hidangan: 3-4 orang makan

mac and cheese

Bahan-bahan:

  • 1 pek macaroni
  • 1 kotak fresh milk
  • Keju keping 
  • 1 tin sos prego mac & cheese
  • 1 tin sos prego cheese & herbs
  • Sosej
  • Garam
  • Air

Cara-cara membuat: 

1. Basuh bersih macaroni. Kemudian, masukkan ia dalam periuk bersama susu fresh milk.

2. Masukkan 1/2 cawan air dan mula hidupkan api.

3. Lepas kuah mula menggelegak, masukkan pula satu tin sos prego cheese and herbs dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan pula satu tin sos prego mac & cheese dan gaul sebati.

5. Masukkan pula kepingan cheese. Boleh letak beberapa ikut selera masing-masing. Kacau lagi biar cheese cair dan sekata. Perasakan dengan garam. Tutup api dan ketepikan.

6. Goreng sosej yang sudah dipotong kecil dan masak sekata. Kemudian angkat, toskan minyak dan taburkan sosej ke atas macaroni yang sudah masak tadi. Gaul bagi rata. 

7. Siap untuk dihidang!

mac and cheese


Ringkas dan mudahkan? Kalau nak kelainan sedikit atau nak sedikit rasa pedas, boleh taburkan chili flakes. Tapi kalau nak hidang untuk anak-anak, tak perlu pun tak apa.

Kalau nak lagi padu, boleh guna serbuk cheese yang ada dijual di kedai bakery. Selamat mencuba!

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN