Categories: Resipi

Lobak Putih Masak Lemak Udang, Memang Bertambah Nasi Dibuatnya!

Mari cuba resipi Lobak Putih Masak Lemak Udang. Walaupun cara untuk memasak lobak putih ini kelihatan mudah, namun rasanya amatlah memikat. Pasti akan terbuka selera untuk menambah nasi!

Lobak putih bukanlah hanya untuk digunakan sebagai hidangan semasa pantang. Terdapat pelbagai manfaat yang terkandung dalam lobak putih yang sering kali kita tidak menyedarinya.

Baca juga: Masak Lemak Kubis Paling ‘Basic’, Yang Baru Nak Belajar Masak Pun Boleh Cuba

Selain daripada memberi kesan yang baik terhadap kecantikan kulit dan membantu dalam penurunan berat badan, lobak putih juga mampu merawat masalah kesihatan seperti jaundis dan mencegah jangkitan saluran kencing.

Sayur ini juga amat baik untuk membantu dalam pencegahan kanser, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan berat badan, merawat gangguan pernafasan dan sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Resipi ini dikongsi oleh Cik Puan Atinz Cradle Deco. Beliau menggunakan bahan yang mudah didapati dan proses penyediaannya sangatlah mudah. 

RESIPI LOBAK PUTIH MASAK LEMAK UDANG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 batang lobak putih
  • 2 biji cili merah besar*
  • 3 biji cili merah kecil pedas*
  • Setengah labu bawang merah besar*
  • Udang putih kecil (ikut citarasa, boleh letak banyak atau sikit)
  • Sedikit udang kering
  • Santan kotak kecil
  • Asam keping saiz kecil sahaja*

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditanda dengan perlahan.
  2. Masukkan udang putih dan udang kering ke dalam kuali.
  3. Tambahkan lobak putih dan masak sehingga lobak menjadi sedikit lembut.
  4. Kemudian, masukkan santan, garam, dan sedikit gula ke dalam kuali.
  5. Biarkan campuran mendidih dan kemudian tutup api. Sudah boleh dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Atinz Cradle Deco

Baca juga: Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Ikut Style ‘Nogori’ Punya Resipi

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

8 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

8 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

9 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

9 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

13 hours ago