loaded potato

Kalau tengah cari idea loaded potato yang cepat, mudah dan tetap sedap berlemak, ini antara versi paling senang yang anda boleh cuba di rumah. Tak perlu bakar kentang lama-lama, hanya guna potato flakes, terus siap mashed potato dalam masa kurang 2 minit!

Resipi ini sesuai untuk makan keluarga 3–4 orang, malah boleh juga dijadikan menu jualan kerana kosnya lebih terkawal dan cara penyediaannya sangat cepat.

Kenapa Guna Potato Flakes Untuk Loaded Potato?

Ramai tak tahu, potato flakes sebenarnya alternatif paling praktikal untuk buat loaded potato versi homemade. Hanya tambah air panas, terus jadi mashed potato yang lembut, gebu dan konsisten.

Tak perlu rebus, kupas atau lenyek kentang, jimat masa dan tenaga!

Baca juga: Potato Grilled Ala Western, Begini Cara Buat Sendiri Dengan Sos Berkrim Pekat Memikat

RESIPI LOADED POTATO GUNA POTATO FLAKES YANG CREAMY

loaded potato

Bahan-bahan (Sukatan Untuk 3–4 Orang) :

  • 100g potato flakes
  • 600ml air panas
  • 30g butter
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil black pepper
  • ½ sudu kecil white pepper

Cara-cara penyediaan:

1. Tuang air panas ke dalam mangkuk.

2. Masukkan garam, kacau sampai larut.

3. Masukkan potato flakes dan kacau hingga sebati (±2 minit).

4. Masukkan butter ketika masih panas.

5. Tambah black pepper dan white pepper, gaul rata.

Siap mashed potato — ini base utama untuk loaded potato anda.

Cara Buat Topping Ayam Rangup

1. Potong kecil dada ayam.

2. Perap dengan bancuhan tepung goreng + air sejuk (sekurang-kurangnya 1 jam).

3. Salut semula dengan tepung kering sebelum goreng.

4. Goreng hingga rangup keemasan.

Cara Bancuh Cheezy Sauce

  • Gunakan nisbah 1:1 (serbuk : air panas)
  • Bancuh sedikit demi sedikit
  • Kacau guna whisk untuk hasil lebih smooth

Cara Susun Loaded Potato

1. Masukkan mashed potato ke dalam bekas (±500ml).

2. Letakkan ayam goreng di atas.

3. Tuang cheezy sauce.

4. Tambahkan jagung (1 sudu besar).

5. Letak mayonis secukupnya.

6. Tabur daun parsley sebagai hiasan.

Tips Supaya Loaded Potato Lagi Sedap

  • Pastikan guna air panas, bukan air biasa
  • Jangan terlebih air — nanti mashed potato jadi cair
  • Masukkan butter ketika masih panas untuk rasa lebih creamy
  • Untuk berniaga, gandakan sukatan dan kira kos dengan betul

Idea Upgrade Loaded Potato

  • Tambah sosej atau smoked beef
  • Letak chili flakes untuk versi pedas
  • Tambah cheese mozarella untuk efek tarik

Kenapa Resipi Loaded Potato Ini Viral?

  • Super cepat (siap bawah 5 minit)
  • Bahan mudah cari
  • Sesuai untuk makan sendiri atau jual
  • Rasa creamy + rangup dalam satu bekas

Kalau anda nak buat hidangan yang simple tapi padu, ini memang resipi wajib cuba. Sekali buat, confirm ulang banyak kali!

Selamat mencuba!

Sumber: Wan N Wan M

Baca juga: Cara Buat Kentang Putar Homemade Lembut Berkrim, Anak-Anak Semua Puji Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN