Laksa Tumis ini cukup popular di Negeri Kedah terutamanya di Kulim. Sekali cuba pasti nak lagi!
Seorang pengguna Facebook, Atia Halim ada berkongsikan resipi Laksa Tumis yang didapat dari seorang anak taukey laksa terkenal di Kedah.
Selepas ini, tak perlu susah-susah nak pergi jauh ke Kedah. Buat sendiri je kat rumah, mudah! Jom cuba.
1. Rebus ikan bersama garam dan asam keping.
2. Asingkan isi ikan yang telah direbus tadi. (tulang ikan jangan buang)
3. Kisar tulang ikan. Kemudian tapiskan tulang.
4. Air rebusan ikan.
8. Isi ikan.
5. Potong 4 bawang merah. Rebus segenggam cili kering.
6. Kemudian kisar halus 2 bahan tadi bersama sedikit belacan jika suka.
7. Tumis bahan kisar tadi.
8. Kacau rata sehingga garing ataupun sekadar air cili mengering.
9. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Kacau rata.
10. Masukkan isi ikan dan gaul rata.
11. Letak sedikit garam dan perasa untuk permulaan.
12. Tuangkan air rebusan ikan.
13. Kacau rata lagi.
14. Biarkan mendidih danĀ alterĀ rasanya.
15. Bahan sampingan: bawang, timun, asam limau, cili padi dan telur rebus.
16. Selamat mencuba!
Kredit: Atia Halim
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…