laksa nyonya melaka

Laksa nyonya Melaka adalah salah satu hidangan yang terkenal dengan rasa santan lemak berkrim dan pelbagai bahan segar yang melengkapkan rasa.

Anda juga boleh ikut teknik penyediaan menu ini dengan guna udang segar dan daun kesum berkualiti untuk memastikan rasa kuah laksa lebih autentik. Selain itu, jika suka kuah yang lebih pedas, tambahkan cili padi semasa mengisar paste.

Jom cuba resipi di bawah ini. Nampak rumit tapi pasti memuaskan!

Baca lagi: Resepi Kek Lapis Pelangi Viral Yang Korang Kena Cuba. Gebu & Lembut, Memang Terliur Lah!

RESIPI LAKSA NYONYA MELAKA

Bahan-Bahan untuk Paste (Dikisar):

  • 2 biji bawang merah atau bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3 batang serai, dihiris
  • 2 inci lengkuas, dihiris
  • 2 inci kunyit, dihiris
  • 2 inci belacan, dibakar atau digoreng
  • 5 biji cili merah (boleh gantikan dengan cili padi merah untuk rasa lebih pedas)
  • Segenggam udang kering (direndam terlebih dahulu)

Kisar Berasingan:

  • Cili kering secukupnya
  • Udang segar mentah (boleh juga dicincang halus)

Bahan untuk Kuah Laksa:

  • 10-20 ekor udang segar
  • 1 senduk minyak masak
  • Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • Air rebusan udang
  • Air rebusan kulit dan kepala udang (kisar dan tapis)
  • 1 biji kiub ayam
  • 1 ikat daun kesum, dihiris nipis (secukupnya)
  • Garam dan gula/gula Melaka (secukup rasa)
  • Bebola ikan atau udang
  • Bebola sayuran
  • Tauhu kering
  • Tauhu puff
  • Kek ikan (ikut selera)
  • Daun limau purut (pilihan tambahan untuk aroma)

Bahan Sayuran:

  • Daun kesum, dihiris nipis
  • Bawang besar, dihiris
  • Taugeh (dicelur sebentar untuk tekstur rangup)
  • Bunga kantan, dihiris
  • Timun, dihiris halus

Bahan Lain untuk Hidangan:

  • Laksa beras atau bihun (laksa beras lebih disyorkan)
  • Sambal tumis cili (sambal kerang boleh digunakan untuk rasa tambahan)
  • Telur rebus
  • Udang segar
  • Kerang segar
  • Tauhu goreng, dihiris
  • Limau kasturi, dipotong dua

Cara-Cara Memasak Kuah Laksa:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk menaikkan aroma.

laksa nyonya melaka

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga wangi dan garing.

3. Tuangkan air rebusan udang dan air rebusan kulit serta kepala udang yang telah dikisar dan ditapis.

4. Masukkan santan pekat dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.

5. Masukkan daun kesum dan daun limau purut (jika suka) untuk aroma.

6. Tambahkan tauhu kering, bebola ikan, tauhu puff, kek ikan, dan bahan lain.

laksa nyonya melaka

7. Masak sehingga kuah menjadi pekat seperti yang diingini, kira-kira 10-15 minit.

8. Rebus laksa beras atau bihun sehingga lembut dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.

9. Tuangkan kuah laksa panas ke atas laksa.

10. Susun bahan sampingan seperti taugeh, bunga kantan, timun, udang, kerang, dan tauhu goreng mengikut kreativiti.

11. Tambahkan sambal tumis cili dan perahkan sedikit limau kasturi untuk rasa segar.

Sumber: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Baca lagi: Resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang, Rasanya Yang Unik & Menyelerakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN