Kebiasaannya kalau kita beli sayur, mesti dalam 3-4 hari sekejap je sayur tu dah layu dan lama-lama ia menjadi lembik atau pun kering. Bila dah jadi macam tu, nak masak pun dah tak sedap sebab dah tidak segar kan?

Jadi, jom cuba tips mudah nak simpan daung bawang dan daun sup supaya tahan lebih lama hanya menggunakan plastik aiskrim.

1. Cuci bersih dan buang akar daun

Sebelum nak simpan daun bawang dan daun sup, cara pertamanya adalah dengan mencuci daun-daun tersebut dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran dan potong lalu buang akar daun tersebut.

2. Sediakan plastik aiskrim

Selepas mencuci bersih dan buang akar daun tersebut, masukkan daun di dalam plastik aiskrim. Boleh di beli di kedai-kedai runcit yang berdekat.

3. Masukkan air dan ikat plastik ketat-ketat

Masukkan air ke dalam plastik tersebut sehingga daun-daun itu tenggelam dan ikat plastik tersebut dengan ketat untuk mengelakkan air daripada keluar dan untuk mengekalkan daun sentiasa segar.

4. Masukkan di dalam peti ais

Selepas selesai ikat, masukkan plastik tersebut kedalam peti ais masukkan di bahagian sayur. Supaya suhu tersebut sesuai dengan sayur dan tidak menjadikan sayur itu mudah layu ataupun rosak. Selamat mencuba!

Sumber: Intan Nursyazana

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN