Kuih Talam Gula Merah merupakan antara kuih klasik yang sangat nostalgia. Jika teringin makan, anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi lengkap langkah demi langkah ini.
Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawahnya yang manis dan beraroma gula merah, manakala bahagian atasnya lemak masin daripada santan pekat.
Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan resipi kuih Talam Gula Merah di Facebook yang bukan saja sedap, malah boleh dapat sampai 50 biji dengan acuan lompang. Jom kita cuba!
Baca juga: Tepung Talam Pandan Paling Lembut, Nak Permukaan Licin Kena Tapis Bahan ‘Ini’
Bahan A (bahagian bawah):
Bahan B (bahagian atas):
Cara-cara membuat adunan A:
1. Masak dulu gula merah, gula pasir dan air. Apabila larut, tapis air gula ini untuk buang bendasing.
2. Masukkan air gula bersama tepung gandum dan santan cair ke dalam blender.
3. Kisar sampai adunan betul-betul sebati dan tak berketul.
4. Sapu acuan lompang dengan minyak supaya senang keluarkan nanti.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih.
6. Tuang ¾ penuh adunan A ke dalam acuan.
7. Kukus sampai masak (boleh uji dengan garfu, cucuk dan pastikan ia tak melekat).
Cara-cara membuat adunan B:
1. Masukkan semua bahan (santan pekat, tepung beras, tepung jagung, garam) ke dalam blender.
2. Kisar sampai sebati dan licin.
3. Setelah lapisan bawah sudah masak, tuangkan adunan B.
4. Kukus semula lebih kurang 10 minit atau sampai lapisan atas betul-betul masak.
5. Apabila sudah siap, angkat dari pengukus dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya.
Setelah keluarkan dari acuan, anda akan dapati hasil kuih Talam Gula Merah yang dibuat akan pejal cantik dan mudah diangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Roshima Ibrahim Shima
Baca juga: Talam Ubi Kanda Mudah Dengan 5 Bahan, Bila Makan Terasa Disayangi Adinda!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…