Kuih Taiyaki ialah makanan tradisional Jepun yang berbentuk seperti ikan. Perkataan “taiyaki” berasal daripada perkataan Jepun “tai,” yang bermaksud ikan merah, dan “yaki,” yang bermaksud panggang atau goreng.
Street food popular ini umumnya dibuat daripada doh yang serupa dengan bancuhan pancake atau wafel, dan diisi dengan pelbagai jenis inti manis, seperti pes kacang merah, coklat, keju krim, kastard, dan lain-lain.
Baca juga: Nak Pergi Jepun? Ini 10 Restoran Halal Yang Korang Boleh Cari
Kuih ini sering dijual di gerai makanan jalanan, perayaan dan pasar tradisional di Jepun. Bentuknya yang comel dan pelbagai variasi isi menjadikannya snek popular dan menarik untuk pelbagai golongan.
Ikuti resipi mudah menerusi perkongsian Cik Puan Nini Ishak ini.
Bahan-bahan bancuhan Taiyaki:
Cara buat bancuhan:
1. Whisk atau blend telur sampai kemban atau sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan blend sampai sekata.
3. Tapis adunan ke bekas lain, supaya lebih halus.
4. Untuk inti,boleh guna inti kacang merah ready made, beli di kedai bakery.
Cara-cara memasak:
1. Panaskan acuan taiyaki di atas dapur atau kuali anti-lekat. Jika anda tidak mempunyai acuan taiyaki khas, anda juga boleh menggunakan acuan wafel dengan bentuk ikan.
2. Sapu sedikit minyak atau mentega pada acuan untuk mengelakkan adunan melekat.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan, mengisi kira-kira 2/3 penuh. Jika anda ingin menambahkan isi, letakkan isian di atas adunan.
4. Tutup acuan dengan bahagian atasnya dan biarkan adunan masak selama beberapa minit.
5. Periksa adunan secara berkala. Apabila adunan sudah masak di satu sisi dan berwarna coklat keemasan, pusingkan acuan untuk memasak sisi yang lain.
6. Masak sehingga kedua-dua sisi adunan menjadi coklat keemasan dan taiyaki masak sepenuhnya.
7. Angkat taiyaki dari acuan dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
8. Taiyaki sudah sedia untuk dihidangkan! Dah boleh menikmatinya dalam keadaan panas atau sejuk.
Selamat mencuba resipi Kuih Taiyaki food street popular Jepun ini.
Baca juga: Lelaki Jepun Ini Buka Kedai Nasi Kandar Pertama di Tokyo, Setiap Hari ‘Sold Out’!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…