Categories: Resipi

Cara Buat Kuih Pulut Merah Cina Tanpa Acuan, Cantik Berkilat Ikut Resipi Ini

Kuih Pulut Merah Cina adalah sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras pulut yang diwarnakan dengan pewarna merah. 

Kuih ini biasanya letakkan atas daun pisang dan kemudian dikukus sehingga masak. Ia juga mempunyai tekstur yang lembut dan kenyang serta mempunyai rasa berlemak manis dari campuran kacang tanah dan gula. 

Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!

Kebiasaanya, ia selalu dihidangkan semasa majlis perkahwinan, perayaan atau acara keagamaan sebagai hidangan pencuci mulut atau kudapan tradisional. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai versi kuih pulut merah yang berbeza mengikut tradisi dan resipi keluarga.

RESIPI KUIH PULUT MERAH CINA TANPA ACUAN

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung beras pulut
  • Dua-tiga titik pewarna merah
  • Secubit garam
  • 15 sudu besar kacang tumbuk + dengan 10 sudu besar gula kasar (tambah gula jika ingin lebih manis)
  • 1/2 sudu kecil minyak masak
  • Daun pisang yang telah dicuci dan direbus, potong empat segi saiz 7 x 7 cm

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung beras pulut dengan pewarna merah, garam, dan minyak masak dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga adunan menjadi lembut tetapi tidak melekit di tangan.
  3. Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan. Lepaskan bulatan adunan dan isi dengan campuran kacang tumbuk dan gula.
  4. Letakkan adunan di atas daun pisang (untuk mengelakkan melekit, sapukan sedikit minyak masak pada daun pisang sebelum meletakkan adunan).
  5. Kukus kuih selama 10-15 minit.
  6. Hidangkan kuih panas-panas.

Selamat mencuba.

Sumber: Koleksi Resepi FB

Baca juga: Cucur Nasi Orang Cina, Sesuai Untuk Budak-Budak Yang Taknak Nasi

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

2 days ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 days ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

2 days ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

2 days ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago