Anda yang duduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pasti cukup tahu tentang pelbagai kuih-muih yang sedap dan salah satunya ialah Kuih Koci Kelantan.
Kuih Koci Kelantan diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula melaka di dalamnya.
Apa yang membezakannya berbanding kuih koci yang biasa adalah ia mempunyai variasi warna yang amat terang dan cantik.
Kuih koci biasa dibalut terus dengan daun pisang, tetapi Kuih Koci Kelantan kelihatan terkeluar sedikit sehingga menampakkan bentuknya yang gebu dan menarik.
Resipi daripada julianawhib melalui video di TikTok sangat mudah dibuat. Ramai tertarik untuk mencubanya sendiri di rumah.
Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya
Bahan-bahan:
Inti koci:
Cara-cara:
1. Uli kesemua bahan di atas sehingga tidak melekat pada tangan.
2. Asingkan doh kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan.
3. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti.
4. Bulatkan semula dan balut dengan daun pisang seperti bungkusan nasi lemak.
5. Kukus selama 4 minit. Siap!
Sesiapa pun akan puas hati apabila melihat hasilnya yang gemuk dan manis. Dapat Kuih Koci Kelantan seperti ini memang tak toleh kiri kanan dibuatnya.
Rasanya yang cukup manis, kenyal, dibalut pula dalam daun pisang yang dikukus menjadikan baunya wangi dan disukai ramai.
Manalah tahu anda pernah bercuti ke Kelantan dan merasainya, pasti masih teringat-ingat kesedapannya sehingga sekarang.
Dengan resipi ini, anda boleh buatnya sendiri dan jadikan sebagai kudapan yang enak di rumah.
Selain dimakan ketika sarapan, anda boleh jadikannya sebagai minum petang buat seisi keluarga. Makan sebiji pasti nak lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: julianawhib
Baca juga: Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Yang Meleleh-Leleh, Kukus Sekejap Je Dah Siap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…