kuih gabin

Nak makan sarapan sesuatu yang unik dan sedang popular di seberang, boleh cuba resipi Kuih Gabin ini. Kudapan ini ringkas, tapi hasilnya memang sedap setelah siap digoreng.

Keistimewaan Kuih Gabin ini terletak pada intinya yang boleh kita olah mengikut kreativiti sendiri. Nak letak sayur, ayam, sosej atau campur sekali pun boleh.

Resipi Kuih Gabin yang dikongsikan oleh Anggi Resti di Facebook tak begitu rumit caranya. Apabila digigit, bunyi rangup di luar, lembut dan berperisa di dalam. Jom kita cuba!

Baca juga: Putu Belanda Terlajak Lembut, Wanita Ini Dapat Resipi Dari Kawan Indonesia

RESIPI KUIH GABIN

kuih gabin

Bahan-bahan inti:

  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu kecil)
  • 2 ulas bawang merah (cincang)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • 2 batang sosej (dipotong dadu)
  • 100g isi ayam (dipotong dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • 2 sudu besar tepung gandum dan sedikit air (untuk pekatkan inti)

Bahan-bahan lain:

  • Biskut secukupnya
  • Keju (slice atau mozarella mengikut selera)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Serbuk roti atau biskut hancur secukupnya
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.

2. Masukkan ayam, sosej, kentang dan lobak merah. Masak sampai empuk.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

4. Apabila sudah lembut, masukkan bancuhan tepung gandum untuk pekatkan inti. Gaul rata dan biarkan sejuk sekejap.

kuih gabin

5. Ambil sekeping biskut, letak inti atasnya.

6. Bubuh sepotong keju di tengah, kemudian tutup dengan sekeping lagi biskut.

7. Tekan perlahan dan kemaskan tepi.

8. Celup tepi kuih gabin ke dalam telur, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti atau biskut hancur.

9. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng sampai keemasan. Jangan lupa balik-balikkan supaya masak sekata. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Anggi Resti

Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN