Mari cuba buat sendiri Kuih Bepang Kacang. Hanya menggunakan empat bahan saja. Makanan ringan ini biasanya dibuat daripada kacang tanah (biasanya kacang tanah yang telah dikupas), kelapa parut dan gula kelapa.
Bahan-bahan ini kemudiannya dicampur, dipadatkan, dan dibentuk menjadi bentuk tertentu, selalunya segi empat atau bulat.
Proses pembuatan Kuih Bepang Kacang ini melibatkan pemanggangan atau pemanggangan ringan sehingga snek kering dan mempunyai tekstur yang rangup.
Baca juga: Tip Pilih Butter ASLI Untuk Kek Dan Biskut, Baru Menjadi & Lebih Sedap!
Ia mempunyai rasa manis dan berlemak kerana kacang tanah dan gula kelapa. Selain itu, kelapa parut juga memberikan tekstur yang lembut dan aroma yang tersendiri.
Ikuti resipi penuh dari perkongsian Norbaizura Saad ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk kacang yang dah disangai dan dibuang kulit. Tumbuk sekadar pecah saja, jangan hancur. Ketepikan
2. Masak gula dalam kuali macam buat gula hangus dan masukkan 2 sudu minyak masak (boleh juga guna marjerin).
3. Bila gula dah hancur, masukkan kacang yang ditumbuk berserta bijan. Kacau kemudian tutup api.
4. Terus tuang dalam talam, gunakan talam besi bukan talam plastik ya. Tekan-tekan supaya rata.
5. Bila dah rata, terus potong sebelum bepang mengeras. Selepas dah keras, patahkan mengikut potongan tadi. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Norbaizura Saad
Baca juga: Biskut Brownies Cara MUDAH, Sedap Rapuh Dan Cair Di Mulut
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…