Categories: Resipi

Kuih Belebat Keledek Oren, Macam Orang Dulu-Dulu Guna Resipi Ini

Resipi Kuih Belebat Keledek Oren dari Cik Puan Zainoor Aliza Ali memang terbaik. Dari gambarnya saja sudah tahu yang kuih ini penuh rasa lemak-lemak manis dan menggamit memori.

Jarang-jarang dapat tengok peniaga menjual kuih ini. Memang agak sukar untuk mencarinya. Mungkin ia tidak begitu dikenali kerana kuih tradisional ini hanya popular di Pantai Timur.

Baca juga: 3 Jenis Kuih Banjar Yang Boleh Dicuba, Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri

Bagi anda yang ingin cuba membuatnya di rumah, boleh ikuti cara-caranya di bawah. 


RESIPI KUIH BELEBAT KELEDEK OREN

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Keledek dikupas dan dipotong dadu.basuh dan rendamkan (1/2 jam). Didihkan air dan toskan keledek. Masukkan ke dalam loyang. Gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam dan kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk). Bila dah masak ketepikan.

2. Bancuhkan bahan-bahan lain dalam sebuah periuk. Kacau rata hingga sebati.

3. Buka api dapur secara perlahan sahaja. Kacau bancuhan hingga likat dan mula nak berketul. Masukkan keledek. Kacau perlahan hingga berketul. Tutup api dapur. Biarkan adunan sejuk.

4. Basuh daun pisang. Layur daun di atas api dapur. Lapkan hingga bersih. Potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).

5. Sudukan adunan keledek ke dalam daun. Bungkus seperti bungkusan nasi lemak. Susun ke dalam kukusan.

6. Didihkan air. Kukus kuih selama 10-12 minit. Bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk sedap dimakan.

Nota:

  • Kalau tak nak letak tepung jagung, cukup hanya letak 2 cawan tepung beras pada bancuhan.
  • Tepung beras ada bermacam jenis juga. Letak tepung beras yang ada campuran tepung jagung.

Selamat mencuba resipi Kuih Belebat Keledek Oren ini.

Baca juga: Kuih Pulut Bangkok Cara MUDAH, Memang Sedap Guna Pisang Nangka

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago