Categories: Resipi

7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

Jom MyResipi kongsikan 7 resepi kuih balut daun pisang yang boleh anda cuba. Semuanya sedap-sedap belaka dan mempunyai aroma yang wangi.

Daun pisang ini bukan saja boleh mewangikan satu dapur, malah aromanya boleh meresap ke dalam kuih muih dan sekaligus melazatkan lagi kuih tersebut.

Apa yang lebih istimewa, membalut kuih guna daun pisang juga lebih selamat dan tiada bahan kimia sampingan.

Baca juga: Buat Sendiri Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy & Coklat Hazelnut, Nak Beli On9 Asyik ‘Sold Out’!

7 RESEPI KUIH BALUT DAUN PISANG

1) RESEPI KUIH JONGKONG

Bahan-bahan adunan pandan:

  • 1 cawan tepung beras (cap Gajah 3)
  • 5 sudu makan (penuh) tepung ubi
  • 4 cawan air kisaran daun pandan
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
  • 2 sudu air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan adunan putih:

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 sudu tepung ubi
  • 5 cawan santan
  • Sedikit garam

Bahan-bahan air gula:

  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Daun pandan

Bahan-bahan lain:

  • Gula merah secukupnya
  • Daun pisang – dibersihkan dan dilayur

Cara-cara:

  1. ADUNAN PANDAN: Satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut.
  2. Kacau mesra adunan dan masak guna api sederhana hingga pekat.
  3. Pastikan tekstur adunan agak lembut. Jika keras, tambah air panas.
  4. ADUNAN SANTAN: Satukan semua bahan-bahan untuk adunan santan. Sebatikan dan masak atas api. Jika adunan keras, tambah sedikit air panas. Paling sedap jia adunan lembut-lembut sahaja dan tidak keras.
  5. AIR GULA: Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  6. Untuk membuat Kuih Jongkong, ambil daun pisang yang telah dilayurkan dan sudukan gula merah.
  7. Kemudian letak adunan pandan diikuti adunan santan dengan secukupnya.
  8. Bungkus Kuih Jongkong dengan kemas dan kukus selama 15 minit.
  9. Tunggu kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. Tuang air gula sewaktu dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Kia Cater

2) RESEPI KOCI PULUT HITAM LELEH

Bahan-bahan inti:

  • Inti kacang hitam/merah yang sudah siap (beli di kedai)

Bahan-bahan doh:

  • Beras pulut hitam 70g (rendam 4-5 jam, kisar bersama air, tapis dan ambil pati sahaja)
  • Tepung pulut anggaran 400g
  • 2 sudu tepung gandum
  • Santan cair/air biasa

Bahan-bahan santan leleh:

  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan doh, uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  2. Cubit sedikit doh, leperkan dan letak inti kacang hitam/merah. Tutup inti dan bulat-bulatkan.
  3. Didih air dalam periuk dan rebus sehingga doh timbul ke permukaan air. Kemudian, boleh diangkat.
  4. Cara membuat santan leleh, satukan semua bahan santan dan kacau sehingga tidak berketul. Kemudian baru buka api perlahan. Jika sudah masak, santan akan meletup-letup dan boleh tutup api.
  5. Guna sudu ambil bebola kuih koci dan kaup sekali dengan santan leleh, letak di tengah-tengah daun pisang yang sudah dilayur dan disapu dengan sedikit minyak. Kemudian bungkus seperti bungkus nasi lemak dan susun dalam pengukus. Kukus sebentar dan siap sedia dihidang.

Kredit resipi & gambar: Nurhidayah Dayah

3) RESEPI PULUT DAKAP

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • Air buat tambahan untuk masak pulut
  • Pisang secukupnya dibelah 2
  • Daun pisang yang dilayur

Cara-cara:

  1. Masak pulut seperti masak nasi tapi diletakkan santan.
  2. Apabila pulut sudah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  3. Ambil daun pisang, letakkan pulut di atasnya dan ratakan bagi nipis.
  4. Kemudian, letakkan pisang dan balut seperti membuat lepat.
  5. Letak bungkusan pulut bagi kembar, kemudian ikan dengan tali ropia.
  6. Kukus selama 45 minit dan siap.

Kredit resipi & gambar: Roslina Omar

4) RESEPI APAM JOHOL/APAM DAUN RAMBAI

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula merah
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1 sdb yis kering (mauripan)
  • 1 1/4 cwn air
  • 2 sdb margerin
  • Daun rambai secukupnya untuk membungkus (daun pisang pun boleh)

Cara-cara:

  1. Cairkan margerin dan sejukkan.
  2. Larutkan gula merah bersama air, kemudian tapiskan.
  3. Dalam besen besar, satukan tepung, gula pasir dan yis.
  4. Tuang air gula merah dan sebatikan.
  5. Masukkan margerin cair, sebatikan lagi.
  6. Perap selama 3 jam.
  7. Sapu sedikit minyak pada daun rambai/daun pisang, sudukan 3/4 adunan ke atas daun.
  8. Bungkus seperti nasi lemak atau pulut inti.
  9. Kukus selama 15 minit dan siap.

Kredit resipi & gambar: Mas Cotek

5) RESEPI KUIH BALUT DAUN PISANG (LOPES PANDAN)

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut (cuci bersih dan rendam 1 jam)
  • 1 1/2 cawan santan cair+1 cawan air daun pandan (jadikan semuanya 2 cawan)
  • 1 sudu makan air kapur sirih
  • Sedikit garam
  • Kelapa parut putih+sedikit garam (kukus sekejap)
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Daun pandan disimpul

Cara-cara:

  1. Seteah pulut sudah direndam selama 1 jam, tapis dan tuang ke dalam bekas.
  2. Tuang santan cair yang telah dicampur dengan air daun pandan, air kapur sirih dan sedikit garam.
  3. Kukus pulut sampai masak. Bila dah masak, balut dengan daun pisang dan ikat kiri kanan supaya kemas.
  4. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama air gula (cairkan gula merah dan gula pasir bersama daun pandan)

Kredit resipi & gambar: Noriza Awang Hamat

6) RESEPI KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
  • 1 sudu gula (jika perlu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas. Kacau di atas api kecil sehingga masak dan berkilat (adunan kental).
  2. Pisang dibelah 2. Ambil satu senduk kecil adunan, letakkan pisang dan tutup dengan sedikit lagi adunan tadi.
  3. Bungkus dengan kemas dan boleh dikukus selama 15 hingga 20 minit dengan api sederhana. Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Zahrah Juli

7) RESEPI LEPAT LIAT

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung pulut
  • 200 gm gula merah
  • 100 gm gula pasir
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa putih
  • Sedikit garam
  • Minyak lumur daun Pisang

Cara-cara:

  1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. (tapis)
  2. Masuk air gula panas2 dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (guna senduk).
  3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
  4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh2 hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
  5. Lipat dengan kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.

Kredit resipi & gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Baca juga: Kuih Onde-Onde Labu Guna 5 Bahan, Kekal Lembut Dan Manis

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago