Categories: Resipi

Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka

Rindunya nak makan kuih bakar pandan. Ada tak penggemar kuih tradisional dekat sini? Kalau ada, bolehlah anda ikuti resipinya disini. Memang sedap dan beraroma wangi daun pandan. Memang tak cari yang lain. 

Kuih bakar ini sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Ia juga sesuai dijadikan menu kuih-muih bila adanya majlis kenduri kendara. Sangat mudah dibuat masa kini kerana cuma perlu dibakar dalam oven sahaja.

Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Buat sendiri kat rumah, memang lagi puas hati dapat makan banyak. Tak guna banyak bahan pun. Sukatan yang digunakan juga cuma menggunakan sukatan cawan. Untuk mereka yang tak suka pada hanyir telur, boleh dituangkan esen vanila secukupnya dalam adunan.

Kalau nak dapatkan warna hijau yang cantik pula, memang kena guna daun pandan yang banyak. Jadi, bau kuih juga akan lebih beraroma bila dibakar. Sedap sangat!

Bersama dengan Puan Sharifah Abu Bakar yang sudi berkongsi resipi.

Secara moden, warna kuih ini boleh ditambah dengan pewarna. Tapi kalau dah warna daun pandan tu dah cukup, tak perlu dah menggunakan pewarna makanan. Letak pewarna pun tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih baik korang masak kuih bakar pandan ni dengan warna asli daun pandan je. Lagi bagus.

Untuk yang baru nak mencuba buat kuih ni, jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sharifah Abu Bakar yang mendapat kunjungan dari MyResipi semasa program Jom Balik Kampung anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan baru-baru ini.


RESIPI KUIH BAKAR / BAHULU KEMBOJA PANDAN

Bahan-bahan:

Cara menyediakannya:

1. Sebelum buat adunan di atas, panaskan dahulu oven pada suhu 170 celcius bersama dengan acuan bunga.

2. Kisarkan 1 mangkuk air bersama daun pandan dan tapiskan.

3. Masukkan semua bahan kecuali bijan di dalam pengisar. dan kisar hingga menjadi adunan.

4. Tapis adunan tersebut di dalam jag.

5. Keluarkan balik acuan dalam oven tadi dan sapukan minyak atau marjerin.

6. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

7. Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200 celcius sehingga permukaan kuih tersebut kelihatan garing dan perang.

8. Cucuk kuih bakat dengan lidi, jika lidi licin, kuih tersebut sudah masak. Siap untuk diangkat, dipotong serta dihidang.


Tutorial:

@myresipi

Tengok je kuih bakar atau bahulu kemboja ni, mesti terus teringat kampung halaman lah. Singgah ke Masjid Tanah, jangan lupa ke kampung Paya Lebar untuk rasai sendiri keaslian kuih bakar ni 😋 #myresipi #resipitiktok #kuihbakar #kuihbahulukemboja #jombalikkampung #cuticutimalaysia #fyp #fypシ

♬ Zapin Melayu – Kiki Taufik


Siap untuk dihidang! Tak muak makan kuih ni. Lembut dan lemak manis rasanya. Ditambah pula sedikit kerangupan pada kerak kuih lagi bertambah keenakannya. Dah nak masuk musim raya ini, memang kena ambil banyak peluang mencuba pelbagai resipi.

Selamat mencuba! 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago