Mak-mak suka meluangkan masa di dapur untuk masak sesuatu yang lazat. Tambahan pula waktu petang sudah hampir tiba, inilah masanya untuk buat Kuih Bakar Pandan sedap.
Kuih Bakar Pandan lebih kurang sama seperti bingka pandan, cuma ia mengandungi telur dan agak manis manakala bingka pandan biasanya tak dimasukkan telur ketika membuatnya.
Seperti perkongsian oleh Rahmah Rosmin di Facebook, dia hanya menggunakan acuan muffin untuk dapatkan sebanyak 40 biji Kuih Bakar Pandan yang sedap tak terkata. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Guna Acuan Muffin Buat Kuih Akok Kedut, Dapat Hasil Menjadi!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, bancuh semua bahan kecuali bijan.
2. Kemudian, kisar adunan sehingga halus.
3. Selepas itu, sapu acuan muffin dengan sedikit minyak dan panaskan acuan muffin tersebut buat seketika.
4. Seterusnya, tuang adunan ke dalam acuan muffin dan taburkan bijan secukupnya.
5. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 180°C selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing). Siap untuk dinikmati!
Oleh itu, jangan risau jika anda tiada acuan khas untuk buat Kuih Bakar Pandan yang sedap. Walaupun hanya menggunakan acuan muffin, namun hasilnya tetap lembut dan menjadi.
Kuih Bakar Pandan yang lembut dan cukup berlemak manis ini sangat lazat dimakan ketika minum petang di rumah bersama orang tersayang. Tambahan lagi jika ada air kopi atau teh O, bertambahlah nikmatnya.
Jika ingin cuba buat Kuih Bakar dengan pelbagai perisa, anda hanya perlu tukar jus pandan kepada bahan lain seperti labu, ubi kayu dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Rahmah Rosmin
Baca juga: Bingka Pandan Mudah Dan Ringkas Guna Blender, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau!
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…