
Jika pernah makan Kuih Abok Abok, pasti tahu kesedapan kuih klasik yang terkenal dengan rasanya manis lemak dan tekstur kenyal. Tambahan pula, cara membuatnya agak mudah.
Kuih Abok Abok ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada sagu, gula dan kelapa parut. Biasanya, ia dibungkus menggunakan daun pisang sebelum dikukus.
Dari merendam sagu hingga membungkus menggunakan daun pisang seperti yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis di Facebook, hasilnya pasti harum dan menggoda. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Bom Manis Kegemaran Anak, Rangupnya Tahan Sampai Ke Petang!
RESIPI KUIH ABOK ABOK

Bahan-bahan:
- 1 cawan biji sagu
- 3 cawan air biasa
- ½ cawan gula merah
- 5 sudu makan gula putih
- ½ biji kelapa parut
- Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih)
- ½ sudu kecil garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rendam sagu dengan air sampai semua biji sagu menyerap air, kira-kira 30 minit. Toskan dan pastikan tiada air meleleh.
2. Kemudian, campurkan sagu dengan kelapa parut dan garam, gaul rata.
3. Selepas itu, gaulkan gula merah dan gula putih sampai sebati.

4. Seterusnya, sediakan daun pisang seperti corong. Masukkan satu sudu sagu, ratakan.
5. Setelah itu, tambahkan gula merah (ikut tahap kemanisan yang diingini), kemudian tambah satu sudu lagi sagu.
6. Akhir sekali, bungkus kemas dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Siap untuk dinikmati!

Kuih Abok Abok sesuai dinikmati sebagai sarapan, minum petang atau dihidangkan semasa majlis istimewa. Selain mudah dibuat, ia sedap dimakan dan pasti memikat hati sesiapa saja yang memakannya.
Selamat mencuba!
Sumber: MariaKhalisya Khalis
Baca juga: Kuih Kaswi Gedik Sukatan Cawan, Hasil Lembut Kenyal & Wangi Gula Merah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














