Categories: Resipi

Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir

Selain masakan Melayu jadi kesukaan ramai, masakan Cina juga tak kurang hebatnya. Apabila lihat Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style ini, pasti anda terus terliur.

Kuey Teow Sup merupakan antara hidangan masakan Cina paling sedap dan simple. Oleh kerana cara membuatnya sangat mudah, ia sentiasa jadi pilihan untuk dimasak di rumah.

Nurul Afidah Catalyst telah kongsikan resipi Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style di Facebook yang sangat menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Char Kway Teow Ala Kedai Makan, Kuah Terlajak Pekat Memikat!

RESIPI KUEY TEOW SUP SIMPLE CHINESE STYLE

Bahan-bahan sup:

  • Ayam bahagian dada
  • 1 inci halia (dipotong nipis)
  • Fish ball
  • ½ kiub pati ayam
  • ½ kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu olive oil (tak ada pun tak apa)
  • Garam dan air secukupnya

Bahan-bahan lain:

  • Kuey teow (basuh di bawah air mengalir)
  • Pak Choy (belah kepada 4 bahagian, cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
  • Daun sup (potong kecil-kecil)
  • Daun bawang (potong kecil-kecil)
  • Fish cake (goreng dahulu dan potong nipis)
  • Isi ayam yang dicarik
  • Bawang putih goreng campur minyak (tumbuk halus dan goreng)
  • Cili potong campur kicap (Nak lagi sedap, potong cili dan goreng sebentar, baru masukkan kicap masin campur manis)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masak ayam bersama halia dan air, pastikan paras air menutupi ayam serta masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak.

2. Selepas itu, masukkan pati ayam, pati ikan bilis, olive oil dan fish ball.

3. Kemudian, tambah air dan perasakan dengan garam.

4. Seterusnya, masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak.

5. Waktu ini, boleh celur pak choy sebentar, angkat dan toskan.

6. Setelah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik, kemudian masukkan kuey teow. Siap untuk dihidang!

Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style ini sangat sedap dimakan secara panas. Jika ada chilli oil atau sambal kicap, lebih bertambah lazatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Afidah Catalyst

Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

9 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago