Categories: Resipi

Cara Masak Kuey Teow Kungfu Homemade, Sama Sedap Macam Di Restoran

Malam-malam kalau tak tahu nak masak apa, apa kata jom masak kuey teow kungfu ini. Bosan juga asyik makan nasi saja kan?

Nak lagi sedap, makan panas-panas selepas siap dimasak. Bila dah sejuk, ia akan menjadi kurang ‘umphh’ bak kata orang. Lebihkan cili padi kalau nak lagi padu!

Bukan itu saja, resipi perkongsian oleh Puan Afy Al Habibi ini sebiji sama seperti makan di kedai. Kalau buat sendiri, boleh letak inti sebanyak mana yang disukai, baru puas hati!

Baca juga: Resipi Char Kuetiau Paling Mudah, Tak Perlu Guna Pes Atau Air Kulit Udang!

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Segenggam kuey teow
  • Sebiji telur
  • Secubit garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • Lauk pilihan (hiris ayam/udang/sotong)
  • 4 biji lada hitam (tumbuk)
  • 1/3 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 cawan air kosong
  • 1/2 sudu kecil garam bukit
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sayur kailan
  • Air tepung jagung ( 1/4 cawan air + 3/4 (per) sudu besar tepung jagung)

Cara memasak:

1. Pecahkan sebiji telur. Kepukkan seketika. Masukkan secubit kecil sahaja garam.

2. Satukan kuey tiaw dan telur dalam mangkuk. Kacau rata.

3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kuey teow ke dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.

4. Sebelum tutup api, boleh gunakan api besar untuk menghasilkan bau macam dekat kedai. Boleh angkat dan ketepikan.

5. Panaskan lagi sedikit minyak. Tumis sehingga kekuningan 3 ulas bawang putih yang telah diketuk. Masukkan juga 2 tangkai cili padi.

6. Kemudian, masukkan lauk pilihan. Boleh letak isi ayam yang dihiris nipis, udang dan sotong. Biarkan ayam keluar sedikit minyak.

7. Seterusnya masukkan 4 biji lada hitam yang telah ditumbuk dan 1/3 sudu besar serbuk lada putih. Kacau seketika.

8. Masukkan pula 1 cawan air kosong. Boleh masukkan sedikit hirisan carrot.

9. 1/2 sudu kecil garam bukit dimasukkan setelah kuah mula mendidih. Juga sedikit perasa secukup rasa Knoor/ perencah Hilal.

10. Masukkan sayur kailan yang telah dipotong. Terus masukkan air tepung jagung.

11. Akhirnya, tuangkan 1-2 sudu besar telur. Seeloknya guna telur putih untuk keaslian warnanya. Masa tuang, angkat dari sudut tinggi dan kacau laju-laju. Masukkan sekali hirisan cili merah untuk menaikkan warna. Siap untuk kuah yang memuaskan hati. Tak pekat sangat, tak cair.

12. Tuangkan kuah atas kuey tiaw yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit bawang goreng. Nikmati ketika panas-panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Afy Al Habibi

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Fishball, Sedap Hirup Kuah Panas-Panas!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago