kuetiau goreng

Memasak kuetiau goreng boleh jadi mencabar terutamanya untuk memastikan ia tidak melekat dan berderai dengan baik.

Namun, dengan menggunakan resipi dan petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, kuetiau goreng pasti lebih memuaskan.

Terima kasih kepada empunya resipi yang telah berkongsi tips berguna ini. Ia bukan saja mudah, malah membuatkan proses memasak menjadi lebih mudah.

Berikut adalah resipi yang telah digunakan serta beberapa langkah tambahan yang perlu dilakukan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

RESEPPI KUETIAU GORENG YANG BERDERAI ELOK

Bahan-bahan:

  • Kuey teow (2 bungkus)
  • Kicap – secukupnya, mengikut tahap kegelapan yang diingini
  • Minyak masak – secukupnya untuk menggoreng dan menggaul kuetiau
  • Tahu – digoreng asing
  • Fishcake – digoreng asing
  • Telur – digoreng asing
  • Cili kisar atau sambal tumis – secukupnya
  • Bawang putih – 3-4 ulas, dicincang
  • Cili padi – 3-4 biji, diketuk (jika mahu pedas)
  • Sos cili, sos tiram – secukupnya.
  • Sayur-sayuran – secukupnya, mengikut pilihan
  • Garam dan gula – secukup rasa

Langkah-langkah:

  1. Leraikan kuetiau dan basuh dengan air bersih. Toskan sehingga tiada air yang tinggal. Jika masih ada sedikit air, itu tidak mengapa, tetapi pastikan proses ini dilakukan lebih awal. Ketika membasuh, jangan hilangkan sepenuhnya minyak asal pada kuetiau. Biarkan sedikit minyak untuk mengekalkan tekstur.
  2. Gaul kuetiau dengan kicap mengikut tahap kegelapan yang anda inginkan, kemudian tambahkan satu atau dua sudu minyak dan gaul rata.
  3. Goreng tauhu, fishcake, dan telur secara berasingan. Setelah digoreng, ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali (jangan terlalu banyak, agak-agak sahaja). Tumis cili kisar atau sambal tumis, bawang putih cincang, dan cili padi yang diketuk sehingga naik bau dan agak kering.
  5. Jangan lupa untuk menambah sos cili, sos tiram, dan kicap jika mahu lebih gelap, serta perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. unggu sehingga rencah kering sebelum memasukkan kuetiau.
  7. Kemudian, baru masukkan kuetiau, sayur-sayuran, dan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam kuali serentak.
  8. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati dengan rencah, lebih kurang 2-3 minit.
  9. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Tips tambahan:

  • Jangan simpan kuetiau di dalam peti sejuk, terutama jika ingin menggorengnya pada keesokan harinya.
  • Pastikan rencah cukup banyak dan kering supaya tiada rasa aneh pada kuetiau yang digoreng.

Kredit resipi dan gambar: Norul Norhayati

Baca juga: Cara Masak Mi Sanggul Goreng Padu, Ikut Tip Ini Elak Jadi Kembang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN