Categories: Resipi

Kudap-Kudapan Homemade Ibu Berpantang, Bebas Bahan Perasa & Garam

Masyarakat Malaysia sangat mengambil berat mengenai pemakanan ibu-ibu selepas berpantang, bermula dari pemakanan, minuman dan kudap kudapan.

Waktu berpantang inilah masa untuk ibu-ibu menurunkan berat badan. Maklumlah, semasa mengandung berat badan naik secara mendadak.

Nafsu makan ibu juga akan membuak-buak kerana cepat lapar akibat menyusu badan atau masa tidur yang tidak menentu selepas bersalin.

Oleh itu, ibu memerlukan kudapan sihat jika masih lapar selepas makan berat. Contohnya kudapan seperti bawang goreng rangup, bawang putih goreng dan halia serunding.

Jadi, anda boleh buat siap-siap kudapan untuk berpantang nanti sebelum melahirkan. Ikut saja resipi lengkap di bawah ini.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi 4 Menu Berpantang Frozen, Senang Bila Nak Makan Baru Panaskan

RESIPI KUDAP KUDAPAN UNTUK IBU BERPANTANG

Bahan-bahan:

  • Bawang ros/bawang merah kecil (jangan guna bawang merah besar)
  • Halia tua
  • Bawang putih

Cara-cara:

1. Hiris nipis bawang putih, bawang ros dan halia menggunakan pisau supaya lebih kemas dan tak hancur. Jika guna penyagat, hasilnya tidak cantik.

2. Mulakan dengan menggoreng bawang putih dahulu, kemudian bawang merah dan akhir sekali goreng halia.

3. Selepas hiris bawang putih pula, rendam sekejap dengan air selama 1o minit. Selepas 10 minit, bilas dengan air. Kemudian tapis sehingga betul-betul kering.

4. Sebelum menggoreng bawang merah, tabur sedikit tebung beras. Jangan letak air atau garam.

5. Bagi halia pula, selepas dihiris perlu dijemur atau bagi kena angin sekejap. Supaya masa untuk menggoreng menjadi singkat kerana halia mengandungi kandungi air yang tinggi.

6. Ketika menggoreng, guna minyak masak yang banyak dan jangan kedekut. Pastikan guna api sederhana supaya tak cepat hangus.

7. Bila bahan-bahan dah sejuk, baru masukkan dalam botol dan tape penutup botol. Boleh simpan dalam peti sejuk, jangan risau akan tetap garing.

8. Boleh tambah bahan perasa seperti lada hitam yang dikisar kasar sebelum dimasukkan dalam botol.

Kredit: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago