Rancangan Makanan Tambahan atau RMT diperkenalkan sebagai pemberian makanan tambahan kepada murid-murid di sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Makanan yang diberikan secara percuma ini banyak membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.
Namun baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang individu berkongsikan keadaan makanan yang diberikan di dalam program RMT ini. Jumlah makanan yang diberikan kepada pelajar ini turut menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dilihat kuantiti untuk sepinggan mi goreng itu sangatkan sedikit.
Menurut individu yang berkongsikan hantaran tersebut, gambar itu merupakan makanan RMT di sebuah sekolah di Pahang.
Tidak pasti kenapa jumlah yang diberikan terlalu sedikit, ada yang mengandaikan kemungkinan kerana kenaikan harga barang sekarang ini.
Namun netizen menganggap ianya agak keterlaluan untuk memberikan para pelajar menikmati makanan dalam kuantiti sedikit itu.
Berdasarkan tinjauan di laman Kementerian Pendidikan, harga makanan yang ditetapkan bagi program RMT adalah RM2.50 bagi pelajar di Semenanjung manakala RM3.00 untuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dengan kenaikan harga barang kini, netizen berharap harga yang ditetapkan ini dapat dinaikkan supaya para pelajar dapat nikmati makanan yang lebih baik.
“Untuk RMT pihak KPM dah boleh naik harga kot RM3.50 or RM4 sorang…”
“Dekat sekolah rendah tempat aku, nasi penuh ayam potongan dadu 2 ketul, sayur takde apa takdak…”
“Macam banyak sangat mi tu. Patut sorang sehelai mi cukup lah. Budak-budak je kan.”
“Kita yang parents kucing ni bagi makan pada kucing elok lagi daripada mereka yang bagi makan pada pelajar ni. Sampai hati sungguh.”
Difahamkan, Guru Besar (GB) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah memberi amaran kepada pihak kantin tapi tetap tidak berubah.
Sumber: Twitter @izwarwahid