Setiap kali pergi pasar malam mesti wajib cari Yong Tau Foo ni. Rupanya tak susah mana pun nak buat kuah Yong Tau Foo homemade.
Kadang-kadang bila beli, tak puas makan sebab nak beli banyak harga boleh tahan mahal juga.
Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas. Confirm puas hati anak-anak makan. Jom cuba buat menggunakan resipi di bawah.
RESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE
Bahan A:
- Cili giling 1 sudu makan
- Belacan 1 sudu teh
- Sos tiram 1 sudu teh
- Kicap 1 sudu makan
- 1 ketul gula melaka (hitam)
- 1 sudu makan tepung jagung – campur dan kacau dengan air sejuk
- 1/2 cawan air masak
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:
- 1 sudu makan bijan – goreng tanpa minyak
Cara-cara:
-
Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.
-
Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.
-
Masukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.
-
Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
-
Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.
-
Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.
Kredit: Puan Faezah Rashid