Mari cuba buat resipi kuah pecal asli dari Banyuwangi ini. Pecal ini merupakan hidangan khas dari Jawa Timur yang terkenal dengan kuah kacang yang enak.
Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba
Berikut adalah resepi dari perkongsian Cik Puan Nur Aida Md Zainuddin yang anda boleh ikuti.
Ya Allah enaknya! Tambah pula bawang goreng, keriuk-keriuk bawang goreng tu gurih banget. Resipi ini asli buatan kenalan Indonesia, rasanya pedas, cukup rasa kencur, gurin dan enak. Nak ambil buat meniaga memang tak menyesal dan sedap.
Saiz hidangan: 2-3 balang kuah pecal
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara membuat kuah pecal:
1. Pertama sekali, sediakan bahan-bahan untuk kuah kacang. kisar kacang tanah, cili merah, bawang putih dan lengkuas menggunakan pengisar. Boleh tambah sedikit air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar bersama daun limau purut dan daun salam hingga naik bau.
3. Masukkan gula merah dan garam ke dalam tumisan, kacau rata.
4. Tuangkan air ke dalam kuali dan kacau sehingga semua bahan sebati. Biarkan kuah mendidih dan masak sehingga mendapat tekstur kuah yang diingini. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
5. Hidangkan sup pecal Banyuwangi bersama lontong atau nasi putih, kangkung rebus, tauhu dan tempe goreng, telur rebus dan keropok. Tuangkan kuah kacang ke atas hidangan ini.
Sedia untuk dinikmati kuah Pecal Banyuwangi ini. Boleh juga masukkan sos cili atau bawang goreng sebagai tambahan jika suka.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Nur Aida Md Zainuddin
Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…