Kuah Lodeh dan Rendang Ayam Goreng merupakan salah satu menu yang sering menjadi tumpuan setiap kali sambutan Hari Raya Aildilfitri. Ia juga antara hidangan tradisional melayu yang kaya dengan rasa dan aroma yang memikat selera!
Kuah lodeh dihasilkan dari campuran aneka sayuran yang dimasak dengan santan. Antara sayur yang digunakan adalah kacang panjang, sengkuang, kubis dan sebagainya lagi.
Baca juga: Rendang Ayam Cili Api, Memang Sedap Pedas, Barulah Nismilan!
Sementara itu, rendang ayam goreng pula sedikit berbeza dari rendang biasa. Ayam akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak menjadi rendang yang pekat dan berempah.
Kedua-dua hidangan ini adalah pilihan yang sempurna untuk memeriahkan lagi suasana kemeriahan sambutan Hari Raya. Mari ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh Hayati Abdullah menerusi akaun TikTok miliknya.
Bahan-bahan Kisar:
Bahan-bahan Lain:
Cara-cara:
1. Masukkan bahan kisar, serai, dan lengkuas ke dalam periuk bersama santan dan air secukupnya.
2. Masukkan kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Bila mendidih, bolehlah masukkan kacang panjang, carrot, dan sengkuang. Apabila hampir empuk, masukkan pula kobis dan tempe goreng.
4. Kemudian masukkan udang, cili merah, dan suhun. Gaul rata dan biarkan mendidih sekejap sahaja sebelum menutup api.
5. Kuah lodeh siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan Kisar:
Bahan-bahan Lain:
Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, dan cili kering.
2. Goreng ayam yang telah digaram kunyit hingga separuh masak.
3. Tumis bahan kisar bersama serai dititik hingga harum dan masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, dan serbuk jintan manis.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng, asam keping, garam, dan gula nisan. Kacau rata.
5. Tuangkan santan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
6. Masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut.
7. Biarkan sehingga kuah pekat dan ayam empuk.
8. Rendang ayam goreng siap dihidangkan.
Nota tambahan: Goreng ayam terlebih dahulu supaya isinya tidak mudah hancur semasa proses memasak yang agak lama untuk pekatkan kuah.
Video penuh:
@kak_t68 KUAH LODEH Bahan2 kisar: 🔅Bawang Merah 🔅Bawang Putih 🔅Kunyit Hidup 🔅Udang Kering yang direndam air panas Bahan2 Lain: 🍲Serai dititik 🍲Lengkuas dititik 🍲Santan 🍲Air secukupnya 🍲Kiub Ikan Bilis 🍲Garam secukup rasa 🍲Kacang Panjang 🍲Carrot 🍲Sengkuang 🍲Kobis 🍲Tempe yang digoreng 🍲Udang 🍲Hirisan Cili Merah 🍲Suhun direndam air biasa Cara2: 📍Masukkan bahan kisar, serai dan lengkuas ke dalam periuk bersama santan dan air secukupnya.. 📍Masukkan kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam secukup rasa.. 📍Bila mendidih, boleh lah masukkan kacang panjang, carrot dan sengkuang..dah hampir empuk masukkan pula kobis dan tempe goreng.. 📍Kemudian masukkan udang, cili merah dan suhun.. Gaul rata..biarkan mendidih sekejap aje dan terus tutup api.. 📍Siap kuah lodeh RENDANG AYAM GORENG Bahan2 Kisar: 🍂3 biji Bawang Merah Besar 🍂7 ulas Bawang Putih 🍂2 inci Halia 🍂5 batang Serai 🍂2 inci Lengkuas 🍂3 inci Kunyit Hidup 🍂Segenggam Cili Kering (direndam air panas hingga lembut) Bahan2 lain: 🍗2 ekor Ayam digaram kunyit dan digoreng separuh masak 🍗3 batang Serai dititik 🍗1 sb Serbuk Jintan Putih 🍗1 sb Serbuk Ketumbar 🍗1 sb Serbuk Jintan Manis 🍗 3 keping Asam Keping 🍗Garam secukup rasa 🍗1 keping gula nisan 🍗2 kotak kecil Santan 🍗2 sb Kerisik 🍗3 helai Daun Kunyit 🍗 Secekak Daun Limau Purut Bahan2 Kisar: 🍂Bawang Merah 2 bj 🍂Bawang Putih 7 ulas 🍂Halia 3 inci 🍂Serai 🍂Lengkuas 🍂Kunyit Hidup 🍂Cili Kering Cara2 boleh refer di Reels🎥 📍Kepekatan kuah rendang bergantung pada citarasa masing2.. 📍TIPS : Ayam digoreng terlebih dahulu supaya isinya tidak mudah hancur semasa proses memasak yang agak lama untuk pekatkan kuah.. #lontong #kuahlodeh #rendangayam #rendangayammerah #juadahraya #fyp #menuviraltiktok #foryoumalaysia
Baca juga: Teknik Cuci Pinggan Mangkuk Lekat Lemak Sup, Guna Satu Bahan Ini
Sumber: Hayati Abdullah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…