Resipi kuah lemak lontong dan sambal bilis sangat popular menjelang hari raya. Memandangkan raya dah nak dekat, ada tak yang plan nak buat ini , boleh sangat cuba resipi ni.
Seperti biasa kuah lemak lontong akan dihidang set sekali dengan sambal bilis, telur rebus dan nasi impit. Dimakan panas-panas memang sedap sangat. Tak cukup semangkuk lah dibuatnya.
Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA
Rasa tak lengkap kuah lemak lotong tanpa sambal bilis. Tips masak sambal sedap mestilah di masak semalaman lebih awal. Barulah rasanya padu bila dimakan dengan kuah lemak lontong.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan أختي اراني. Rugi sangat kalau tak cuba. Boleh simpan dulu resipi ni, Dah nak raya boleh lah guna nanti.
Bahan-bahan:
Bahan Sayur:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula sekali didihkan air dalam 3 cawan.
2. Sementara tu, kisar bawang merah, kunyit hidup dan udang kering. Kisar sampai hancur dan lumat. Goreng tauhu dan potong dadu besar-besar.
3. Seterusnya air dah mendidih, masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Kacau sampai sebati semua bahan sekata.
4. Kemudian, masukkan sayur-sayuran keras yang sudah dipotong pendek dan dibersihkan. Seperti kobis, lobak merah dan kacang buncis.
5. Masukkan pula santan kacau kuah lontong kita supaya sebati. Santan ni jangan terlalu pekat dan jangan terlau cair tau. Sedang-sedang elok sahaja untuk berlemak kuah kita. Tapi kuah lontong ni, lagi berlemak lagi sedap. Tapi nanti dah siap kena kerap panaskan sebab risau cepat basi nanti.
6. Masukkan isi udang atau isi ayam dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Biarkan dia masak dan kuah menggelegak.
7. Bila kuah kita dah jadi warna kuning cantik je, masukkan fucuk dan suhun. Btutup kuali untuk masak sempurna.
8. Sesekali buka masukkan cili masak, tauhu dan perasakan dengan garam.
9. Rasa dah okay, boleh padamkan api. Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Dah boleh masukkan nasi impit, telur rebus dalam mangkuk. Barulah tuangkan kuah lontong dan perasakan dengan sambal bilis. Fuh! Memang tak cukup semangkuk dibuatnya.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…