kuah kacang simple

Kalau tengah mencari resipi kuah kacang simple yang mudah dibuat tetapi hasilnya sedap seperti dijual di luar, perkongsian ini memang patut cuba. Hanya menggunakan bahan asas di dapur, kuah kacang ini nampak pekat, cantik pecah minyak dan cukup menyelerakan bila dihidangkan bersama nasi impit atau cucur udang rangup.

Perkongsian resipi daripada pengguna Threads, ezlynnn.akah ini turut menarik perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang ringkas, namun hasil kuah kacang simple tersebut nampak begitu kaw dan berlemak.

Baca juga: Sate Ayam Resepi Confirm Jadi, Perap Semalaman Buat Isi Lagi Lembut & Juicy Tak Kering

RESIPI KUAH KACANG SIMPLE

kuah kacang simple

Bahan kisar A:

Bahan kisar B:

  • Kacang tanah goreng secukupnya
    (tidak perlu buang kulit)

Bahan tambahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan Kisar A sehingga halus.

2. Kisar kacang tanah goreng untuk bahan Kisar B.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

4. Masukkan gula Melaka, garam, perasa dan sedikit asam jawa.

5. Kacau sehingga kuah nampak cantik dan naik minyak.

6. Kemudian masukkan kacang tanah kisar.

7. Masak lagi sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak sekali lagi.

8. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi impit atau cucur udang.

Petua Buat Kuah Kacang Simple Lagi Sedap

Nak hasil kuah kacang simple jadi lebih kaw dan wangi, boleh cuba beberapa tips ini:

  • Tumis bahan kisar lebih lama supaya cili benar-benar masak.
  • Gunakan kacang tanah goreng yang masih baru untuk aroma lebih harum.
  • Jika suka kuah lebih creamy, boleh tambah sedikit santan.
  • Masukkan gula Melaka secukup rasa supaya rasa lemak manis lebih seimbang.

Ramai yang suka makan kuah kacang simple ini bersama cucur udang nipis yang rangup kerana teksturnya memang ngam bila dicicah dengan kuah pekat. Kalau ada nasi impit sekali, memang terus terasa macam menu raya di rumah.

Nampak mudah, tetapi hasilnya memang membuka selera. Sesuai dijadikan hidangan minum petang, jamuan keluarga atau menu hujung minggu.

Selamat mencuba!

Sumber: ezlynnn.akah

Baca juga: Petua Nasi Impit Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi, Kekal Lembut Berhari-Hari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN